Cheese nan bukanlah menu biasa seperti roti canai. Tetapi ianya juga mempunyai tarikan tersendiri. Lebih-lebih lagi apabila ditarik, cheese keluar meleleh daripada nan.Jadi, hari ini kami ingin kongsikan sebuah tempat yang menjual cheese nan yang terbaik.

Persoalannya, dimana dapat dicari cheese nan yang sedap dan terbaik di KL? Rata-rata ramai sangat mengsyorkan RSMY Best Cheese Nan.Hampir sekata dan sejiwa.

RSMY Cheese Nan
RSMY Cheese Nan

Imej:Foursquare

RSMY Best Cheese Naan Danau Kota Kuala Lumpur adalah jawapan kepada persoalan tadi. Ramai mengatakan bahawa cheese diletakkan sangatlah banyak . Bagi mereka yang yang suka dengan cheese, tempat ini wajib anda singgah. Anda dapat meliha bertambah panjang tarikan cheese tersebut.Jangan lupa buat tarikan panjang apabila anda berada di sini.

Chese nan dia boleh dikatakan seolah-olah nampak seperti pizza. Yelah, sangat berkeju. Jangan lupa pula meemsan Ayam Tandoori apabila berada di sini.Salah satu menu cadangan.

Waktu operasi kedai ini bermula daripada 3petang sehinggalah 2pagi. No telefon yang boleh dihubungi pula adalah 0123345548, 0193258282. Kedai ini terletak di Danau Kota, dan terletak di belakang Hospital Columbia. Jadi, anda boleh jadikan hospital ini sebagai landmark anda.

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.