Restoran Zam Zam Restoran Arab Shah Alam POWER

Restoran Zam Zam merupakan sebuah restoran yang menyediakan masakan Arab. Antara menu mereka ialah Mandy, Kabsah, Hummus, Baba Ghanouj, Kebab, etc. Jika anda tidak pernah merasai pengalaman makan makanan Arab, ini adalah antara tempat yang boleh cuba.

 

restoran zam zam

Terdapat banyak restoran lama dan baru di Shah Alam. Restoran Zam Zam ialah salah satu daripadanya yang ditubuhkan sejak tahun 2011. Restoran ini terletak bersebelahan dengan Hotel Concorde, Shah Alam. Ia dibuka setiap hari bermula 10 pagi sehingga 11 malam. Restoran Zam Zam boleh menampung 100 pelanggan pada satu-satu masa.

 

Ruang Restoran Selesa

Bahagian atas restoran ini merupakan ruang khas untuk majlis yang besar seperti perkahwinan. Ia adalah dewan dengan keluasan 12,000 kaki persegi yang dikatakan mencapai standard hotel. Bukan sahaja ia mempunyai dewan yang besar, malah ruang makan di bahagian bawah juga luas kerana tidak disesakkan dengan banyak meja.

Selain majlis di restoran, Restoran Zam Zam juga menyediakan khidmat katering di luar restoran untuk kumpulan kecil seramai 30 orang sehingga 1500 orang. Anda boleh menempah mereka untuk majls perkahwinan, majlis korporat, hari jadi dan aqiqah serta majlis-majlis yang lain.

Oleh itu, kebanyakan komen datang daripada mereka yang pernah menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan di sana. Rata-rata mengatakan makanan yang disediakan amat memuaskan selain suasana yang bersih dan selesa.

 

Komen Yang Positif

Pujian diberikan oleh pelanggan yang mungkin baru dalam merasai masakan Arab. Manakala bagi mereka yang sudah biasa dengan makanan Arab dan telah mencuba di beberapa tempat berbeza, mempunyai pendapat yang sedikit berbeza. Begitu juga bagi mereka yang memang berasal dari Arab.

Walaupun begitu, kita perlu menyedari yang makanan yang dibawa masuk ke Malaysia telah disesuaikan dengan citarasa tempatan.

 

Restoran Zam Zam 2

restoran zam zam
Image via Foursquare

 

Sebagaimana kebiasaannya dengan makanan Arab, anda juga akan menerima makanan anda dalam jumlah yang banyak. Ia sesuatu yang jarang berlaku pada makanan tempatan. Oleh itu, bagi mereka yang tidak biasa makan dalam jumlah yang besar, berkongsi makanan dilihat sebagai langkah terbaik.

Berkaitan dengan layanan pula, ada pelanggan yang menerima layanan amat baik dan ada juga yang menyatakan kekecewaan terutama daripada pelayan yang berasal dari Timur Tengah. Namun begitu, pelanggan amat berharap masalah ini dapat diperbaiki kerana mereka berpuas hati dengan makanan, kebersihan dan suasana restoran.

Harga makanan di Restoran Zam Zam boleh dikatakan berpatutan walaupun bagi sesetengah orang ia agak mahal berbanding restoran Arab yang lain.

Menu yang dicadangkan apabila di sini adalah chicken mandy, lamb mandy atau kabsah.

Selain tandas, Restoran Zam Zam juga menyediakan surau bagi pelanggan beragama Islam. Untuk pengetahuan anda, mereka juga ada menyediakan lif untuk ke tingkat atas jika anda tidak mahu menaiki tangga. Parkir ada di sekitar premis di mana jumlahnya mencapai 400 parkir.

Namun, perlu diketahui bahawa ia dikongsi dengan premis perniagaan yang lain di sekitarnya. Selain itu, Restoran Zam Zam juga terletak berdekatan dengan taman permainan kanak-kanak.

 

Info Restoran

Restoran Zam Zam mempunyai 30 staff. Paling menarik adalah chef mereka datang dari Syria, Mesir, dan Yaman. Rata-rata dari mereka mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam bidang ini. Ini adalah kelebihan kepada Restoran Zam Zam dalam memastikan anda mendapat pengalaman merasai makanan dari Timur Tengah.

Bagi anda yang ingin merasai pengalaman makan nasi Arab di Restoran Zam Zam, alamat mereka ialah Oasis 9, Jalan Tengku Ampuan Zabedah G 9/G, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor. Anda boleh membuat tempahan secara atas talian dengan melawat www.zamzamcuisine.com

Pendapat Anda?

Add Comment