, , ,

Restoran ZZ Sup Tulang : Sup Sedap Di Johor Bahru TERBAIK

Restoran ZZ Sup Tulang

Jika anda ke Johor Bahru, tidak sah jika tidak ke Restoran ZZ Sup Tulang. Sup yang sedap di Johor Bahru.

 

Restoran ZZ Sup Tulang

 

“Sup tulang terbaik di Johor!” Begitulah komen ramai pelanggan yang singgah di Restoran ZZ Sup Tulang. Ada dua lokasi restoran ini iaitu di Lot 667, JKR Daerah, Jalan Petri 5/1, Off Jalan Mariamah, Johor Bahru. Cawangan yang lain adalah di no 11, Jalan Setia Tropika 1/15, Taman Setia Tropika, 81200 Johor Bahru, Johor.

Kali pertama menjejakkan kaki ke Restoran ZZ Sup Tulang di Jalan Petri, terus datang rasa tenang. Ini kerana restoran ini dikelilingi pokok-pokok termasuk pokok buluh yang tinggi. Sekali imbas seperti berada di dalam hutan. Pondok-pondok kecil beratapkan nipah di mana anda akan makan, berteduh di bawah pokok-pokok ini.

Jadi, suasananya amat redup dan nyaman. Jika hendak dikatakan tempat ini cantik, tidaklah begitu sesuai. Pondok-pondok yang dibina amat ringkas tapi cukup selesa.

 

Menu Di Restoran ZZ Sup Tulang

Menu terkenal mereka sudah tentulah sup tulang, di samping beberapa makanan lain yang turut mendapat pujian seperti sup gearbox, mi rebus, mi soto, bubur, tom yam, dan laksa.

Sambil menunggu pesanan, bolehlah makan otak-otak terlebih dahulu. Mi rebus mereka mempunyai kuah yang pekat dan rasa dagingnya yang sudah sebati dengan kuah.

Harga mi rebus ini amatlah berbaloi dengan rasanya iaitu sekitar RM10. Harga-harga makanan lain juga tidaklah mahal dan dikira sesuai dengan harga pasaran.

 

Restoran ZZ Sup Tulang

Restoran ZZ Sup Tulang
Image via Foursquare

 

Selain itu, mereka turut menyediakan masakan barat dan pelbagai jenis minuman. Kekuatan masakan di sini adalah sup mereka. Tiada siapa dapat melupakan bagaimana sedapnya menghirup sup yang disediakan oleh Restoran ZZ Sup Tulang. Sebab itulah, ada pelanggan yang lebih 5 kali singgah makan di sini setiap kali berada di Johor.

Pelanggan makan secara duduk di kerusi atau bersila. Setiap tempat makan disediakan bumbung nipah. Ada kipas untuk mereka yang makan sambil duduk bersila di pondok. Jadi, anda tidak perlu bimbang dengan hawa panas, lebih-lebih lagi yang datang dari sup anda. Pelanggan selalu memuji suasana kampung di Restoran ZZ Sup Tulang ini. Ia dianggap sebagai mesra keluarga dan kanak-kanak.

Menu yang sangat disyorkan apabila berada di sini adalah mee rebus tulang, sup gear box kambing atau ayam penyet. Menu yang disebut ini mendapat syoran ramai.

Berbeza pula suasananya di cawangan mereka di Taman Setia Tropika. Di cawangan ini, restoran ini terletak di rumah kedai. Oleh itu, anda tidak akan merasai suasana kampung sepertimana di Jalan Petri.

Cawangan di Jalan Petri pula walaupun agak tersorok, namun tidaklah begitu sukar untuk ditemui. Ia berada di belakang Masjid Abu Bakar dan Maahad Johor. Walaupun berbeza tempat, kualiti masakan mereka tetap sama.Antara kemudahan yang disediakan ialah tandas dan parkir.

 

ZZ Sup Tulang Waktu Operasi

Restoran ZZ Sup Tulang dibuka setiap hari bermula 7 pagi sehingga 1 pagi. Masa yang panjang ini memudahkan pelanggan memilih mana-mana waktu dan hari yang sesuai bagi mereka. Untuk tempahan, boleh hubungi mereka di 012-7227209 atau 013-7492671. Maklumat lanjut di Facebook mereka.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Pendapat Anda?

Dim Sum Mohd Chan

Restoran Mohd Chan Masakan Cina TERBAIK

Warung Nasi Lemak Wak Kentut