, , , ,

Restoran Tupai Tupai KL TERBAIK Steamboat & Nasi Melayu!

Restoran Tupai Tupai

Restoran Tupai-Tupai berada dalam lokasi yang agak terpencil. Binaanya ala kampung dengan bumbung tinggi dihiasi pohon-pohon hijau memberikan suasana tenang dan mendamaikan, lari dari kesibukan bandar.

 

Restoran Tupai Tupai

 

Lantainya papan dan mempunyai kipas bagi mengurangkan kepanasan. Pelanggan makan di dalam restoran yang dihias cantik dengan langsir dan candelier Kristal, lalu menampakkan gaya moden di sisi tradisionalnya.

Restoran Tupai-Tupai menyediakan bukan sahaja makanan tempatan, malah antarabangsa termasuklah makanan laut. Maka, pilihan yang ada untuk pelanggan adalah pelbagai. Disebabkan itu juga, ramai yang memilih restoran ini sebagai lokasi pertemuan sahabat-handai dan ahli keluarga yang datang dari luar Kuala Lumpur atau luar negara.

 

Suasana Ala Kampung

Tambahan pula, suasana kampungnya memberikan kelainan kepada pelanggan. Bagi merasai perbezaan, boleh ajak mereka untuk mereka di pondok-pondok kecil di mana pelanggan boleh makan sambil duduk bersila. Pendek kata, ia sesuai sebagai tempat berkumpul bagi keluarga dan rakan-rakan.

Restoran Tupai Tupai

Imej via Facebook

Untuk mereka yang beragama Islam, restoran ini telah pun mendapat sijil Halal dari JAKIM. Kita ketahui bahawa untuk mendapatkan sijil halal, sesebuah restoran bukan sahaja perlu memastikan kandungan makanannya halal, malah kebersihan juga perlu dititikberatkan. Maka, Restoran Tupai-Tupai telah pun mendapat pengiktirafan di situ dan semoga ia kekal sampai bila-bila.

Harga yang dikenakan dikatakan berpatutan. Antara dalam menu mereka ialah ayam kampung goreng, asam pedas, begedil, lala kam hiong, sambal petai, udang mentega, daging masak merah, ayam ala Thai, ketam masam manis, dan beberapa masakan istimewa Tupai-Tupai seperti Mi Udang Istimewa Tupai-Tupai dan Kari Tupai-Tupai.

 

Pelbagai Jenis Makanan

Sebenarnya, Restoran Tupai-Tupai menyediakan kira-kira 50 jenis masakan untuk makan tengahari. Manakala, pada waktu malam, buffet steamboat mereka menjadi pilihan pelanggan. Boleh dikatakan bahawa jumlah untuk seorang kira-kira RM20 – RM30, dan bergantung kepada jenis hidangan yang diminta.

Pelanggan yang datang boleh meletakkan kenderaan mereka di parkir percuma yang disediakan. Namun, pada masa puncak seperti pada pukul 1 petang, keadaan di sini agak sesak. Ramai pelanggan mula memenuhi restoran yang boleh menempatkan seramai 300 orang pada satu-satu masa.

Oleh itu, bagi mengelakkan kesesakan dan tidak mendapat tempat, anda dicadangkan untuk tiba ke Restoran Tupai-Tupai lebih awal daripada waktu puncak. Untuk pengetahuan pembaca, Restoran Tupai-Tupai dibuka setiap hari pada pukul 11:30 pagi sehingga 12 malam.

Oleh itu, sekiranya ada teguran untuk Restoran Tupai-Tupai mengenai tahap kebersihan, kualiti makanan, dan mutu perkhidmatan terutama mengenai sikap pelayan, adalah baik untuk diajukan terus kepada mereka supaya dapat segera diperbaiki.

 

Info Restoran Tupai Tupai

Restoran Tupai-Tupai terletak di alamat 55q, Jalan Bukit Petaling, Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur. Ia terletak berhampiran dengan bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Restoran Tupai-Tupai juga membuka cawangan mereka di Seksyen 13, Shah Alam dan Jalan Reko, UKM.

Sebagai langkah mengelakkan pembaziran, RM10 dikenakan kepada pelanggan bagi setiap 100g makanan yang tidak dihabiskan. Jadi, pastikan anda benar-benar lapar semasa teruja memilih begitu banyak pilihan makanan di depan mata.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Pendapat Anda?

Restoran Istana Bambu

Restoran Istana Bambu :Tempat Makan Romantik Di KL

Restoran Simpang Tiga

Restoran Simpang Tiga Restoran Nasi Padang TERBAIK di Ipoh