Restoran Seashell Langkawi Makan Malam Best Langkawi

Sekiranya anda ke Pantai Chenang, Langkawi, singgahlah sebentar ke Restoran Seashell. Ini tempat yang dicadangkan oleh ramai pengunjung apa lagi jika anda sudah keletihan dan kelaparan selepas melawat Galeri Warisan, Galeri Padi, atau berenang di laut, dan sebagainya.

Perkara yang pertama muncul di minda anda adalah mencari tempat untuk anda duduk dan makan.

 

Restoran Seashell

 

Restoran Seashell Langkawi terletak di pintu masuk Pantai Chenang, bersebelahan dengan semua galeri yang disebut di atas. Ia juga terletak hanya 15 minit dari Cenang Mall. Lokasinya yang berhampiran dengan lokasi pelancongan adalah suatu kelebihan.

 

Nasi Kukus / Makan Malam Best Di Langkawi

Apa yang menarik adalah anda benar-benar akan merasai suasana kampung semasa makan di sini. Ini kerana anda akan menjamu selera di ruang terbuka atau dangau di atas sawah padi! Oleh kerana anda makan di dangau, keadaannya mungkin agak panas bagi sesetengah orang. Tapi, jangan bimbang tentang kepanasan itu kerana mereka telah memasang kipas.

Ruang makan Restoran Seashell meliputi kawasan seluar 3000 kaki persegi yang boleh menampung sehingga 200 orang pada satu-satu masa. Dekorasi ala kampung beserta muzik menambah lagi selera anda di sini.

Ia adalah lokasi yang pasti digemari pengunjung dari luar negara kerana pengalaman makan di atas sawah padi yang menenangkan dan menyamankan adalah suatu kisah yang seronok untuk diceritakan.

Bagi pasangan kekasih ia dilihat lokasi makan yang romantik. Maka, tidak mustahil pelanggan rata-ratanya memuji suasana restoran ini. Ia adalah cinta pandang pertama kepada ramai pelanggannya.

 

Menu Seashell Langkawi

Restoran Seashell

Restoran Seashell
Imej via Foursquare

Di sini terkenal dengan menu nasi kukus. Ianya sangat disyorkan apabila datang ke sini.Ianya datang dalam bentuk 1 set yang sesuai untuk dua orang. Suasana dan set seperti masakan kampung Melayu yang mampu membangkitkan selera.

Set tersebut datang dalam bahagian yang besar. Memang puas makan jawabnya.

 

Waktu Operasi

Restoran Seashell Langkawi dibuka setiap hari kecuali hari Rabu. Anda tidak boleh bersarapan di sini kerana ia hanya dibuka pada pukul 12 petang sehingga 9 malam. Mengulang kembali suasananya, ia akan nampak lebih gelap walaupun indah, nyaman dan tidak panas sebagaimana suasana siangnya.

Maklumat termasuk gambar makanan dan suasana Restoran Seashell juga amat mudah didapati di internet, kepada anda yang mahukan lebih banyak pandangan mengenainya.

Pendapat Anda?

Penaja

Add Comment