Restoran Nasi Lemak Tanglin. Terbail Di KL!

Mencari nasi lemak yang sedap di KL? Mungkin ini gerai atau kedai yang wajib anda terjah semua. Gerai yang tidak asing yang dimaksudkan adalah Restoran Nasi Lemak Tanglin yang terletak di Sri Hartamas.Pelbagai cerita mengenai Nasi Lemak Tanglin yang ‘baik-baik’ boleh anda jumpa di internet.

nasi lemak tanglinnasi lemak tanglinnasi lemak tanglin

Gambar : Foursquare

 

Restoran ini terletak berdekatan dengan SMK (P) Methodist. Apa yang pasti, jangan putus semangat apabila melihat barisan yang panjang. Perkara itu merupakan perkara biasa di sini. Jangan juga terkejut juga apabila melihat mereka sudahkehabisan nasi pada seawal pukul 10.30 pagi walaupun waktu perniagaan adalah sehingga tengahari.

Menurut pengusaha sekarang iaitu Fazaitul Akhma Zainal Abidin, perusahaan ini bermulda daripada neneknya yang biasa menjual nasi lemak di bawah pokok besar berdekatan dengan tempat operasi sekarang.Sebenarnya ianya telah lama menapak di sana. Ianya telah bermula sejak tahun 1948 lagi. Kemudiannya, ianya diteruskan oleh ayahnya sebelum diambil alih olehnya pada tahun 2006.

Terdapat pelbagai lauk-pauk anda boleh cuba di sini. Antaranya dalah seperti sotong, rendang, ayam goreng, ayam sambal dan banyak lagi.

 

Info Nasi Lemak Tanglin

Untuk alamat lengkap : Gerai No 6, kompleks Makan Tanglin, Jalan Cendrasari,, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. Waktu urusan adalah daripada 7 pagi sehingga tengahari, dan 3 petang hingga 7 malam on pada hari biasa. Mankala untuk hari minggu dan cuti umum waktu operasai hanyalah pada sebelah pagi sahaja iaitu 7 pagi hingga tengahari.

Jadi kepada mereka yang sudah mencubanya, apa pendapat anda tentang nasi Lemak Tanglin ini? Apakah lauk yang menjadi kegemaran anda? Adakah anda bersetuju dengan kenayataan bahawa ianya adalah nasi lemak terbaik di KL? Ataupun anda suka nasi lemak yang lain?

 

Jom Baca Artikel : Nasi 7 Benua

Pendapat Anda?

Penaja

One Response

  1. Yaya

Add Comment