Jika anda menaip “restoran murni discovery” di dalam enjin carian Google, Google akan menyenaraikan Restoran Murni Discovery di pelbagai lokasi. Anda tidak perlu bingung.

Ini kerana Restoran Murni atau Murni Discovery mempunyai enam cawangan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Pilih sahaja mana-mana cawangan berhampiran anda.

 

Restoran Murni

 

Walaupun mempunyai banyak cawangan, pelanggan tidak perlu keliru dalam memilih cawangan mana yang terbaik di antara kesemuanya. Ini kerana kesemuanya bagus sama ada dari segi makanan dan layanan kepada pelanggan. Kerap-kali pelanggan memuji tentang kepantasan pelayan mengambil tempahan dan pelanggan menerima makanan mereka.

Walaupun jumlah pelanggan seolah-olah membuatkan pelayan dan tukang masak tidak cukup tangan, pelanggan masih menerima makanan mereka dalam jangka masa singkat.

Cuma, ada beberapa lokasi yang mungkin mempunyai sedikit masalah dengan tempat meletak kenderaan seperti di SS2. Jumlah pelanggan yang ramai menambah kesukaran untuk mendapatkan tempat letak kereta namun bukan meja yang ada di Restoran Murni.

Walaupun pelanggan mereka ramai, anda akan mendapati akan sentiasa ada tempat untuk anda. Tapi, jika anda bimbang tidak mendapat tempat, anda boleh menempah meja dengan mengisi borang atas talian di murnidiscovery.com/booking/ Ia lebih mudah dan menjimatkan masa anda.

 

Menu Restoran Murni

Restoran Murni Discovery menyediakan pelbagai jenis makanan. Identiti Malaysia diterjemah kepada masakan-masakan yang berasal daripada makanan tradisi kaum Melayu, Cina, dan India iaitu 3 kaum terbesar di Malaysia. Oleh itu, bersiap-sedialah dengan kepelbagaian lauk-pauk dan roti seperti naan dan tandoori.

 

Restoran Murni

Imej via Foursquare

Sebagai tambahan, masakan barat juga disediakan. Anda juga boleh meminta pizza iaitu makanan dalam menu masakan Itali. Malah anda juga boleh meminta Maggi goreng. Inilah antara sebab mengapa Restoran Murni amat mudah mendapat tempat di hati ramai orang.

Jika anda biasa makan dalam kuantiti yang sedikit, anda pasti menghadapi masalah untuk menghabiskan makanan anda di Restoran Murni Discovery. Ini kerana mereka sudah biasa menyediakan hidangan yang pasti membuatkan anda memerlukan seseorang untuk berkongsi makanan dengan anda.

Namun, anda tidak perlu bimbang dengan harga makanan yang anda perlu bayar. Walaupun saiznya besar atau banyak, ini tidak bermakna anda perlu membayar dengan harga yang mahal. Rata-rata pelanggan amat berpuas hati dengan harga makanan di restoran ini. Pendapat ramai mengatakan harganya tidaklah murah dan tidaklah mahal.

 

Cawangan Restoran Murni

Enam lokasi Restoran Murni Discovery ialah SS2, Aman Suria, USJ, Sunway Mentari, Kepong, Bukit Jalil, Bandar Seri Permaisuri, dan Shah Alam. Rakyat Malaysia sudah biasa dengan restoran yang dibuka sehingga awal pagi.

 

Restoran Murni SS2

53, Jalan SS 2/75, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Restoran Murni Bukit Jalil

Bukit Jalil No. 41, Jalan 16/155C, Bandar Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 57000, Malaysia

Restoran Murni Cheras

No A 2 Pusat Danau Lumayan, Bandar Sri Pemaisuri, Cheras, 56000 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia

Restoran Murni Sunway Mentari

12, Jalan PJS 8/12, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

 

Ia menjadi lokasi pertemuan santai bersama teman-teman dan para pelajar yang terpaksa bersengkang mata menyiapkan tugasan. Maka, konsep ini juga yang digunapakai oleh Restoran Murni Discovery.

Untuk restoran Murni di SS2 ia dibuka setiap hari dan memulakan operasi seawal 8 pagi kecuali pada hari Ahad iaitu pada pukul 5 petang. Restoran Murni Discovery menutup operasi mereka pada pukul 5 pagi. Waktu yang hampir sama untuk cawangan yang lain.

Restoran ini juga menyediakan khidmat katering bagi mereka yang ingin mengadakan majlis-majlis tertentu.

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.