, ,

Restoran Kari Kambing 40 Hari PERGHH Kari Yang POWER

Restoran Kari Kambing 40 Hari

Tinjauan ini adalah untuk peminat daging kambing dan penggemar makanan. Jika anda orangnya, apa kata cuba singgah di Restoran Kari Kambing 40 Hari yang terletak di Yong Peng, Johor. Restoran ini khabarnya dimiliki oleh seorang chef yang pernah bekerja di sebuah hotel 5 bintang.

 

Restoran Kari Kambing 40 Hari

 

Tidak banyak pilihan makanan di sini. Sememangnya Restoran Nasi Kambing 40 Hari menekankan kepada menu utama mereka. Restoran ini hanya menyediakan Nasi Arab bersama kari kambing atau ayam dan kari ayam berserta roti canai. Tapi, pelanggan yang datang ke sini pastinya akan memilih Nasi Arab bersama-sama kari kambing mereka.

 

Menu Restoran

Anda boleh pilih sama ada makan seperti biasa di dalam pinggan atau makan di dalam dulang jika anda datang beramai-ramai. Set dulang adalah untuk 4 orang. Anda akan mendapat Nasi Arab, Kari Kambing atau Ayam, dan 5 gelas air.

Air terdiri daripada beberapa jenis pilihan dan anda boleh memilih yang mana-mana anda suka. Harga bagi satu dulang nasi ialah RM45 sahaja.

Restoran Kari Kambing 40 Hari
Restoran Kari Kambing 40 Hari

Image via Foursquare

 

Manakala bagi set pinggan pula, anda akan mendapat Nasi Arab bersama Kari Kambing atau Ayam sahaja. Tiada air percuma untuk anda. Harganya ialah RM12 sepinggan. Sekiranya anda tidak mahu makan di sana, anda boleh pesan makanan untuk dibawa pulang atau ‘tapau’.

Menu yang disyorkan di sini adalah seperti kari kambing yang dimakan bersama nasi, ataupun kari kambing yang dimakan bersama roti canai.Kari kambingnya sangat dipuji ramai. Teh tarik panas juga menarik untuk dipesan.

 

Lokasi Kedai

Restoran yang terletak di tepi lebuhraya PLUS kawasan Air Hitam ini tidaklah begitu cemerlang dari segi hiasan dalamannya sepertimana kebanyakan restoran lain. Malah ia tidak mempunyai penghawa dingin. Jadi, kalau anda jenis cerewet tentang hal ini, anda mungkin akan ada masalah.

Parkir pula terhad. Sekiranya pelanggan ramai, terpaksalah anda meletakkan kenderaan anda di tepi jalan. Walaupun begitu, ada tandas dan surau bagi kemudahan pelanggan.

Sungguh pun ia sekadar biasa-biasa dari segi ‘penampilan’, Restoran Nasi Kambing 40 Hari tetap tidak putus menerima kedatangan pelanggan dari merata tempat termasuk Singapura. Malah, ia sentiasa penuh. Tambahan pula, waktu ia dibuka hanyalah dari pukul 7:30 pagi sehingga 3 petang setiap hari.

Konsep mereka adalah layan diri. Anda terpaksa berdiri dan menunggu sepertimana anda berada di restoran makanan segera. Jika anda datang semasa pelanggan mereka ramai, jadi barisannya mungkin panjang dan anda terpaksa menunggu lebih lama lagi.

Rata-rata pelanggan berpuas hati dengan kualiti makanan di sini walaupun bagi sesetengah pelanggan, dagingnya agak manis. Bagi sebahagian pelanggan pula, mereka pasti akan datang semula untuk menjamu selera.

Mengapa ia diberi nama ’40 Hari’? Tidak dapat dipastikan mengapa tapi beberapa pelanggan berpendapat yang ia merujuk kepada bau daging kambing yang melekat di kulit kita selepas memakannya. Walaupun dicuci berulang-kali masih ada baunya sehinggalah 40 hari lamanya. Betul atau tidak, hanya peminat daging kambing yang tahu.

 

Waktu Operasi

Alamat Restoran Kari Kambing 40 Hari ialah no. 215, Kampung Haji Ghafar, bt 5 ½, Jalan Yong Peng, 83730 Yong Peng, Johor. Anda boleh hubungi mereka di 019-6272243, 014-6372243, dan 07-7583129. Dibuka setiap hari daripada 7.30pagi hingga 3 petang.

Maklumat lanjut boleh hubungi Facebook mereka.

Comments

Leave a Reply
  1. $0 hari sebab tuan kedai ni tabligh.. Kan keluar 40 hari.. Itu versi yang saya tahu la.. dulu kedainya kecil je.. sekarang dh upgrade beso… Kambing nya pula bagi saya mmg terbaik. Tempat lain saya tak pernah jumpa rasa mcm kat cni. Sbb sya peminat kambing. Lagi satu yang bgsnya kat cni nasi diorg timbang dulu.. terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Pendapat Anda?

Warung Nasi Lemak Wak Kentut

Perhentian Kuih Kampung Asam Pedas Pak Man

6 Asam Pedas Melaka Famous. Meleleh Betul Tengok!