, , , ,

Nasi Briyani Restoran Kapitan Lebuh Chulia TERBAIK!

Restoran Kapitan

Ada dua restoran Kapitan di Lebuh Chulia. Restoran Kapitan yang ditinjau di sini adalah yang terletak behampiran dengan Masjid Kapitan Keling. Ia juga hanya 5 minit berjalan kaki dari Armenian Heritage Hotel.

 

Restoran Kapitan

 

Kedudukan mereka di penjuru rumah kedai dan papan tanda yang besar memudahkan pelanggan menemui restoran ini. Jadi, pastikan anda tidak tersilap tempat.

 

Menu Restoran Kapitan Penang

Restoran Kapitan menyediakan masakan India. Antara menu masakan mereka yang terkenal ialah Nasi Biryani Claypot. Nasi biryani di sini mempunyai beberapa pilihan lauk iaitu kambing, ayam, dan ayam tandoori.

Nasi Biryani Claypot Kambing atau Ayam dihidangkan di dalam claypot atau mangkuk tembikar. Nasi Biryani Ayam Tandoori pula dihidangkan dalam pinggan sepertimana biasa di restoran yang lain. Nasi Biryani Claypot dihiasi dengan daun pudina berserta yogurt campuran sayur dan kuah kari. Harga makanan amat berpatutan iaitu sekitar RM9-11 untuk nasi biryani.

 

Restoran Kapitan
Restoran Kapitan

Imej via Facebook

 

Restoran Kapitan dibuka setiap hari selama 24 jam. Namun begitu, tidak semua menu ada setiap masa. Contohnya, Susu Badam Boster mereka hanya disediakan pada waktu malam.

 

Nasi Briyani & Ayam Tandoori Kapitan Penang

Nama Restoran Kapitan sebenarnya sudah lama dikenali oleh penduduk di sekitar Pulau Pinang. Ia juga menjadi tempat singgahan semula bagi pelancong yang datang dari luar negara. Restoran Kapitan mendapat komen yang baik dari ramai pelancong yang datang ke restoran ini.

Menurut seorang pelanggan, ayam tandoori di Restoran Kapitan ini mempunyai rasa yang tidak jauh berbeza dengan yang dimasak di India. Oleh itu, sebelum anda pulang, anda mungkin mahu memesan ayam tandoori mereka untuk dibawa pulang.

“Kambing dan ayam dimasak dengan baik,” komen beberapa pelanggan. Pelanggan juga biasanya akan mendapat makanan pesanan mereka dalam tempoh yang pantas. Ini bergantung juga kepada jumlah pelanggan yang ada di restoran pada satu-satu masa.

Selain nasi biryani, Restoran Kapitan juga ada pelbagai jenis roti. Anda boleh cuba roti naan atau capati mereka jika tidak mahu makan nasi biryani atau nasi kandar.

 

Info dan Komen Ramai

Restoran Kapitan merupakan premis dua tingkat. Untuk mendapatkan pemandangan yang lebih baik, anda boleh memilih untuk makan di tingkat atas restoran ini untuk melihat sekitar kawasan berdekatan.

Ada rungutan terhadap sikap pelayan dan kualiti makanan yang agak menurun walaupun dekorasi dalaman restoran bertambah baik selepas bertahun beroperasi. Kebanyakan pelanggan akan membandingkan masakan di Restoran Kapitan dengan restoran makanan India yang lain sama ada di dalam atau di luar negara. Ada juga pujian kepada pelayan seperti sikap pelayan yang ringan membantu pelanggan memilih makanan dan tahu apa yang terbaik untuk pelanggan.

Restoran Kapitan terletak di alamat 93, Lebuh Chulia, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang. Untuk mengetahui tentang perkembangan Restoran Kapitan, sila lawati laman Facebook Restoran Kapitan.

Comments

Leave a Reply
  1. Yes saya pun dah few times makan sini. Tapi kalau malam….. Nak naik uban tunggu order sampai. haha.. Sebab terlalu ramai orang dan terlalu penuhhh. Apa pun makanan dia sedap. Salah satu tempat makan2 wajib untuk dicuba di Penang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Pendapat Anda?

Kebab Restoran Saba Cyberjaya

Nasi Arab Saba Cyberjaya PATUT CUBA

Restoran Sambal Hijau

Restoran Sambal Hijau Syurga Masakan Kampung