Restoran Kampung Ipoh terletak di no 34, 36, 38 Jln SCI 1/3, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak. Penulis terus bagi alamat penuh supaya mudah pembaca mencari dan menyerbunya.

Jom Makan Steamboat Di Ipoh

Restoran ini terkenal dengan menu masakan yang terdiri daripada steamboat dan grill, makanan barat, juga makanan laut. Ia juga lokasi bagi sesiapa yang menggemari shell out.

Restoran Kampung Ipoh
Restoran Kampung Ipoh

Imej via Foursquare

Bagi pelanggan yang gemarkan kuih dan masakan tradisi Melayu, Restoran Kampung Ipoh ada menyediakannya. Terdapat pelbagai pilihan seperti kuih lopes, bubur kacang hijau bersama durian, cucur ubi kayu, dan pulut panggang. Begitu juga lauk-pauk tradisi Melayu. Maka, antara yang pelanggan boleh temui di restoran ini semestinya adalah ulam-ulaman dan sambal belacan yang sudah sebati dengan citarasa Melayu.

Harga Di Restoran Kampung Ipoh

Harga bagi steamboat dan grill adalah berbeza semasa hari minggu dan hujung minggu atau cuti umum. Semasa cuti umum atau hujung minggu, harganya meningkat sebanyak kira-kira RM2 sehingga RM3. Harga juga berbeza bagi orang dewasa, kanak-kanak, warga emas, dan pelajar.

Sebagai contoh, harga steamboat dan grill bagi dewasa adalah RM35 pada hari biasa, dan meningkat kepada RM38 semasa cuti umum dan hujung minggu. Kadar harga bagi menu yang lain juga adalah berpatutan.

Pelanggan yang datang ke Restoran Kampung Ipoh akan menikmati juadah mereka sambil dihiburkan oleh kumpulan pemuzik restoran tersebut. Mereka digelar sebagai RKI Street Buskers. RKI Street Buskers memulakan persembahan mereka pada pukul 9:30 malam setiap hari.

Jadi, sambil mengunyah makanan, telinga anda juga dihidangkan dengan nyanyian dari mereka. Sedap atau tidak nyanyian mereka, penulis tidak pasti kerana belum berkesempatan untuk mendengar nyanyian mereka. Tapi, setakat ini, tiada aduan daripada pelanggan.

Pelanggan amat menggemari hiasan dalaman Restoran Kampung Ipoh yang mempunyai ciri suasana kampung. Bukan semua bahagian kerana bahagian yang lain masih mengekalkan ciri-ciri moden. Maka, pada satu bahagian anda akan melihat lantai papan, langsir, dan dinding beranyam.

 

Ruang Tempat Duduk

Anda juga boleh memilih sama ada makan sambil duduk di kerusi atau makan dengan duduk di atas lantai. Bagi yang gemarkan suasana seperti di rumah atau di kampung, makan duduk di lantai dengan meja rendah ala Jepun pasti lebih menyelerakan.

Jika mahukan udara yang lebih segar dan lebih santai pula, makan di tempat terbuka iaitu di luar restoran menjadi pilihan.

Sebagaimana kebanyakan restoran yang lain, Restoran Kampung Ipoh juga menyediakan ruang bagi mereka yang ingin mengadakan majlis tertentu seperti sambutan hari lahir, jamuan syarikat, sekolah, kelab dan persatuan, dan lain-lain sambutan. Untuk pengetahuan pembaca, Restoran Kampung Ipoh mempunyai bilik mesyuarat dan seminar di tingkat 2 restoran tersebut.

Restoran Kampung Ipoh dibuka setiap hari kecuali hari Selasa dari jam 4 petang sehingga 1 pagi. Bagi mereka yang memandu, terdapat tempat letak kereta berhampiran restoran selain meletakkan kereta anda di tepi jalan.
Sebarang tempahan atau pertanyaan bolehlah diajukan di 05-5455009 atau 011-35200756. Selain menggunakan aplikasi whatsapp, anda juga boleh menghantar emel kepada [email protected].

Restoran Sedap Di Ipoh Untuk Peminat Seafood

Penulis tak dapat nak cakap lebih. Tapi, bagi mereka yang berjalan-jalan ke Ipoh, bolehlah singgah ke Restoran Kampung Ipoh dan cuba sendiri makanan mereka. Kalau sedap atau tak sedap, ada komen atau pujian, boleh sampaikan di laman Facebook mereka.

Restoran Kampung Ipoh berkongsi perkembangan semasa, aktiviti, gambar-gambar dan pandangan pelanggan di situ.

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.