, , ,

Restoran Istana Bambu :Tempat Makan Romantik Di KL

Restoran Istana Bambu

Setibanya di Restoran Istana Bambu, anda akan melihat sebuah pintu gerbang yang besar daripada buluh dan beratap nipah. Binaan Restoran Bambu hampir keseluruhannya adalah daripada buluh. Ini amat bersesuaian dengan namanya.

Anda pasti akan merasai ketenangan dalam suasana desa semasa berjalan di atas lantai bercorak anyaman dengan dinding beranyam juga serta duduk di meja dan kerusi buluh. Laluan ke ruang makan pula mempunyai kolam dengan hiasan pohon buluh.

 

Restoran Istana Bambu

 

Tidak dinafikan bahawa binaan restoran ini adalah tarikan utamanya.Ianya merupakan antara tempat makan malam romantik di KL. Terasa sepertimakan malam yang romantk dengan suasana kampung.

Restoran Istana Bambu terletak berhampiran dengan Taman Hillview yang berada di sebelah MRR2. Perjalanan dari KLCC mengambil masa kira-kira 20 minit. Jika sukar, gunakan Google Maps atau aplikasi Waze. Restoran Istana Bambu beralamat di Lot 841-842, Jalan Ulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor.

Ia dibuka setiap hari dari jam 12 tengahari sehingga 10:30 malam kecuali pada hari Sabtu dan Ahad di mana ia hanya dibuka bermula pukul 12 tengahari.

 

Pelbagai Jenis Makanan

Ada pelbagai jenis masakan Melayu di sini termasuk udang mentega, ayam lemon, ikan siakap goreng kerabu manga, sambal udang petai, sago gula kabung, nasi biryani kambing, pulut mangga dan sebagainya.

Jika tidak mahu masakan Melayu, mereka juga turut menyediakan hidangan barat seperti steak. Ada mencadangan air minuman asam kedinding adalah menu wajib dicuba.

 

Restoran Istana Bambu
Imej via Foursquare

Harganya boleh dikatakan berpatutan. Ada pelbagai komen dari segi rasa masakannya. Ada yang memuji dan ada juga yang berharap ia perlu diperbaiki. Bagi kami, ianya terserah keapada selera masing-masing.

Pelanggan tidak perlu bimbang tentang ruang parkir kerana ada ruang parkir yang luas bagi menampung jumlah kenderaan yang banyak. Restoran Istana Bambu juga menyediakan surau bagi pelanggan yang ingin menunaikan

solat. Surau comel mereka juga diperbuat daripada buluh beratapkan nipah. Ruang di dalam surau ini dipisahkan oleh dinding buluh untuk mengasingkan di antara ruang untuk lelaki dan ruang untuk perempuan.

 

Khidmat Perkahwinan/ Wedding

Restoran Istana Bambu juga turut menyediakan perkhidmatan katering bagi majlis-majlis tertentu seperti sambutan hari lahir dan perkahwinan. Mereka boleh dihubungi di talian 03-42514747 untuk tempahan.

Pelanggan juga digalakkan untuk menempah tempat sekiranya datang dalam kumpulan yang besar. Ini untuk mengelakkan anda daripada terpaksa menunggu giliran atau terpaksa pulang sebelum makan.

Pelanggan boleh melawat laman sesawang mereka di www.istanabambu.com.my atau mengikuti Facebook serta akaun Twitter mereka untuk maklumat lanjut.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Pendapat Anda?

Restoran Nyonya MelakaYang Famous

Restoran Tupai Tupai

Restoran Tupai Tupai KL TERBAIK Steamboat & Nasi Melayu!