Restoran Asam Pedas Selera Kampung di Melaka

Melaka sememangnya terkenal dengan asam pedasnya. Sehingga ada pernah seorang menteri pernah ingin menjadikan ianya ‘trademark’ untuk negeri Melaka. Ada beberapa restoran asam pedas yang menarik di sini. Salah satunya adalah asam pedas di Restoran Asam Pedas Selera Kampung.

 

Restoran Asam Pedas Selera Kampung

No. G2, Jalan PM3, Mahkota Square, Bandar Hilir
Malacca
+60 6-288 1799

 

Apa kelebihan Restoran Asam Pedas Selera Kampung ini? Ianya diasaskan oleh  Saharudin Mohd Nor. Anak peneroka berusia 38 tahun ini seorang berbakat menggoda selera pelanggan dengan masakan asam pedas yang menjadi kegilaan ramai warga kota Melaka Bandaraya Bersejarah. Owh!

 

Restoran ini menyediakan resipi asli asam pedas istimewa kepala ikan jenahak yang boleh dinikmati dengan hidangan nasi panas dan 10 jenis ulam-ulaman. Ikan lain juga disediakan mengikut pilihan dan cita rasa pelanggan.

 

asam-pedas-selera-kampung-3

Pelbagai jenis ikan

 

asam-pedas-selera-kampung-2

Pelbagai lauk pauk

 

asam-pedas-selera-kampung

Hadapan kedai

 

Jika anda datang ke sini, anda boleh melakukan 2 perkara dalam satu masa. Pertama mencuba masakan asam pedas di restoran ini, kedua pula berjalan-jalan sekitar bandar Melaka yang bersejarah ini. Kata orang, membaling batu, tetapi dapatnya 2 ekor burung. Hehe.Restoran ini sentiasa dipenuhi orang. Menu yang wajib dicuba di sini adalah daging salainya.

 

Ianya merupakan pilihan ramai orang. Memang terbaik! Tetapi ada yang cakap, harganya sedikit mahal. Jadi kalau tuan punya restoran ini membaca mungkin perkara ini boleh difikirkan. Apa-apapun secara keseluruhan, memang antara restoran asam pedas yang sedap.

 

Jom terjah Restoran Asam Pedas Selera Kampung

Pendapat Anda?

Penaja

One Response

  1. Lisa

Add Comment