Resepi Serabai Kuah Durian Yang Mengliurkan

Pernah dengar kuih serabai? Kuih serabai bolehlah dikatakan seperti apam. Tetapi kali ini bentuknya tidaklah bulat seeprti apam. Ianya berbentuk seperti lempeng.

Yang lebih penting, serabai biasanya dimakan dengan sesuatu yang berkuah. Dalam kes ini, serabai biasanya sedap dimakan dengan kuah durian. Mendengar dua kombinasi ini, kami pasti anda sudah pasti terliur.

Untuk tempat makan, anda bolehlah pergi ke Astaka Taman Sardon di Pulau Pinang untuk merasai keenakkan serabai. Bolehlah cuba serabai penang di sana. Tempat ini sedia maklum sememangnya sudah terkenal dengan kuih serabai Penang.

Mari kita ke agenda utama. Di sini kami kongsikan resepi serabai kuah durian yang dikongsikan oleh Puan Zaimah Zakaria yag mendapat ribuan share di Facebook. Jadi, jangan tidak cuba! Di sini kami kongsikan resepi beliau.

 

Resepi Kuih Serabai

Resepi Serabai

 

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung beras
  • 3/4 cawan nasi sejuk*
  • 1 cawan air*
  • 1/2 cawan santan
  • 1/2 cawan air suam
  • 1 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam

Cara Membuat

Kisar bahan bertanda* iaitu nasi sejuk dgn 1 cwn air

Sementara itu masukkan yis ke dlm air suam

Campurkan semua bahan diatas kedlm 1 mangkuk

Perap selama 2 jam

Panaskan pan@acuan dgn sedikit minyak blh la masukkan adunan

Tutup dgn tudung periuk..api sederhana sementara nak tunggu permukaan atas masak

 

Resepi Kuah Durian

Bahan-bahan

  • Durian secukupnya
  • Gula melaka@gula merah
  • Santan pekat
  • Sedikit garam

Cara Membuat

Campurkan semua bahan2 di atas dlm 1 periuk masak dlm api sederhana..

Sentiasa kacau agar santan x pecah minyak(sy suka guna santan kotak lebih pekat)

Siap.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk berkongsi dengan kami pendapat anda di bawah.

Pendapat Anda?

Penaja

Add Comment