Tips dan Resepi Donut Gebu Yang Boleh Dicuba Petang Ini

Donut adalah boleh dikatkan antara kuih yang senang dibuat. Tetapi betulkah? Ya, ianya memang senang dibuat, tetapi untuk menghasilkan sesuatu donut yang gebu, ianya memerlukan rahsia dan resepi tertentu.

Resepi Donut Gebu

Di sini kami kongsikan rahsia dan tips donut gebu yang ada. Tip dan resepi ini datangnya daripada Facebook Puan Suhasnida Ismail yang dikenali sebagai Kak Sue di facebooknya.Jika hendak pesan ataupun mendapatkan tips menarik tentang donut, bolehlah ke sana.

 

Resipi Donut Gebu Sedap Dan Wangi

Kredit kepada Amie Little Kitchen. Kak Sue olah ikut bahan yang ada di dapur

Bahan A:

  • 350 gram tepung protein tinggi(kaksue guna 500 tepung high protein tanpa campuran tepung biasa)
  • 200 gram tepung gandum
  • 50 gram susu tepung
  • 75 gram gula kastor
  • 1 sudu teh garam
  • 3 sudu teh (10 gram) yis segera
  • 5gm bread improver (Kak Sue tambah)
  • 3gm serbuk penaik (Kak Sue tambah)

Bahan B:

  • 1 biji telur gred A
  • 170 gram air sejuk (letak sesikit ikut kesesuaian)
  • 80 gram krim putar
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh perisa mentega

Bahan C:

  • 40 gram mentega
  • 30 gram butterol (Kak Sue gantikan dengan mentega sahaja)
  • 1 sudu makan liquid bread improver(Kak Sue tidak letak )

Info tambahan:

Bahan A – Lebihkan penggunaan tepung protein tinggi. berbanding tepung gandum. Jika gunakan tepung protein tinggi sahaja lagi baik, tetapi jangan gunakan tepung gandum sepenuhnya. Untuk susu tepung pula, boleh gunakan apa-apa sahaja jenis susu tepung.

Bahan B – Hendaklah menggunakan air sejuk sepenuhnya, dan bukannya air suam supaya adunan naik dengan sempurna.

Gunakan krim putar yang mempunyai rasa manis seperti Value Pride, dan bukannya jenis UHT seperti jenama Anchor yang tawar itu. Jika tidak mempunyai perisa mentega, boleh gunakan perisa vanilla sahaja.

Bahan C – Jika tidak ada butterol, gunakan sahaja marjerin. Dan jika tidak ada liquid bread improver, gantikan dengan serbuk penaik lain.

Jika suka, tambahkan sedikit pewarna kuning supaya doh mempunyai warna yang cantik.

Cara:

1. Campurkan semua Bahan A di dalam mangkuk pemukul.

2. Masukkan Bahan B ke dalam campuran Bahan A dan pukul menggunakan kelajuan perlahan selama 1-2 minit.

3. Tukar kepada kelajuan sederhana, dan kemudian masukkan Bahan C. Pukul lagi selama 5-6 minit sehingga adunan menjadi licin.

4. Keluarkan adunan donut, dan biarkan ditutup untuk rehat selama 30 minit.(kak sue terus timbang dan rounding after dah siap uli)

5. Ratakan adunan donut setebal 2cm menggunakan kayu penggelek, dan taburkan sedikit tepung gandum di bawah dan permukaan adunan.

6. Tutup dengan plastik dan rehatkan seketika.

7. Buka plastik penutup dan angkat adunan tadi dan kembalikan semula ke tempat asal. Adunan akan menjadi mengecil sedikit.

8. Gunakan acuan donut untuk menerap bentuk yang dikehendaki.(kaksue bulatkan dan lubangkan shj dengan penutup botol)

9. Susun di atas dulang yang telah ditabur dengan sedikit tepung.

10. Biarkan donut kembang sehingga menjadi 2 kali ganda.

11. Goreng sehingga kuning keemasan menggunakan api sederhana panas.

 

Resipi donut Montox II

  • 500gm tepung high protein
  • 60gm gula halus
  • 10gm yis kering
  • 30gm susu tepung
  • 5gm bread improver
  • 3gm serbuk penaik
  • 2biji telur
  • 5gm garam halus
  • 250ml air sejuk (guna cold water jika uli dengan mesin)
  • Air ni adjust sendiri letak sikit demi sedikit
  • 70gm mentega/marjerin

Cara-cara:

1. Campurkan bahan kering dalam mangkuk dan pukul 1-2minit

2. Masukkan telur,air sedikit demi sedikit dan garam

3.Tukar kepada kelajuan sederhana, dan kemudian masukkan mentega.Pukul lagi sehingga adunan menjadi licin bergantung pada kekuatan mixer masing2.

4.Jika menggunakan tangan,tips nya lepas dah sebati adunan tu masukkan dalam plastik bersih dan ramas doh tu smpai elastik.Bila letak dlm plastik cepat skit dia elastik.Tonyoh dan ramas doh tu yea.Inshaallah elastik.

5. Sudah elastik timbang dan bulatkan.(Jangan lupa panaskan minyak dengan api kecil)

6. Biarkan 5minit dan leperkan serta lubangkan dengan penutup botol

7. Biarkan naik 2x ganda dlm 45minit bergantung pada cuaca ditempat kalian.

8. Kemudian boleh la goreng yea.selamat mencuba

 

6 Tips Lain Donut Gebu

Resepi Donut

Nak hasilkan donut yang ada ring di mana yang gorengnya tidak hangit, yang lembut dan sebagainya kena banyak praktis.

Ianya bukan buat arini terus jadi,kekadang kaksue pun ke laut jugak. Haha.

Disini kak Sue Tips nak hasilkan donut yang gebu boleh boleh follow sedikit tips di bawah:

1. Uli doh biar 70-80% elastik dan berkilat. Doh tidak terlalu elastik macam roti pun tidak mengapa.

2. Teknik rounding tu biar licin,buat bulat-bulat tu janganlah semeweh sahaja sebab nanti goreng tidak akan cantik.Rounding kemas-kemas dan bagi cantik licin.

3. Proses pengembangan tu janganlah terlebih perap sebelum digoreng. Cara kenal pasti adalah, apabila angkat donat tu, ringan dan tidak melekat jari di doh tu. Jika melekat bermakna terlebih perap dah tu.

4. Panaskan minyak menggunakan api kecil. Semasa nak rounding tu panaskan terus minyak tu. Jangan buka api gas macam nak masak gulai kawah pula.

5. Bila goreng donut tu cuma 2 kali balik sahaja. Jangan asyik ligan usik donut tu banyak kali. Tangan tu jangan gatal sangat tau, hahaha.

6. Sudah siap goreng kasi sejat itu minyak dahulu ya.

 

Resepi Menarik Lain Yang Viral & Perkongsian Ramai

Resepi Ayam Bakar

Resepi Dimsum Mudan

Resepi Kek Lapis Cheese

Resepi Kek Batik

Pendapat Anda?

Add Comment