Sarawak sememangnya terkenal dengan Laksa Sarawak dan Mee Koloknya. Pernah dengar Mee Kolok? Ianya seakan-akan mee sup dengan terdapatnya sedikit perbezaan. Kalau mahu tahu apakah perbezaan tersebut, kenalah cuba makan di Restoran Pak Amit Cafe ini.

Tetapi, malangnya,ianya bukan terletak di Semenanjung Malaysia. Anda perlu terbang ke Sarawak di Kuching untuk mencubanya. Oh jauhnya!

Alamat Restoran Mee Kolok Pak Amit Cafe ini adalah Lot 3108-3113, SL 3, Jalan Astana, Kuching.

Mee Kolok adalah menu wajib di Sarawak. Kata orang, melawat Sarawak tanpa mencuba mee kolok bererti anda belum melawat Sarawak. Mee Kolok Pak Amit merupakan antara mee kolok terbaik dan yang paling popular di Kuching. Lokasinya mungkin sukar untuk dicari tetapi amat berbaloi untuk menikmatinya.

laksa sarawak

Imej:wanista

Mee kolok di sini menghadirkan kuah yang amat pekat dan sedap. Harganya juga amat murah dan berpatutan. Mee kolok Pak Amit yang paling popular adalah mee kolok udang dengan udang bersaiz sederhana dan beberapa bahan sayuran dan sebagainya menjadikan hidangan ini adalah menu yang pasti dicuba.

Selain mee kolok, juga terdapat hidangan mee yang lain seperti mee jawa, mee rebus dan juga beberapa menu yang lain untuk memenuhi citarasa anda. Biasanya mee kolok di sini begitu laris dan jika anda terlewat pastinya terlepas untuk menikmatinya.

Jadi, jika anda berjalan-jalan di Kuching, jangan cuba untuk makan Mee Kolok Pak Amit. Anda pasti tidak akan menyesal.

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.