Nah Senarai Pasembur TERBAIK Di Penang!

Pasembur adalah menu wajib yang sering dikaitkan sebagai tempat makan di Pulau Pinang patut dicuba.

Jika ke Pulau Pinang, jika seseorang itu tidak ‘pekena’ atau mencuba pasembur Penang, jawabnya tidak lengkaplah perjalanannya. Jadi di sini kami kongsikan 3 kedai pasembur yang sering disebut dan menjadi pilihan ramai apabila datang ke pulau mutiara ini.

Kami tidak berani untuk menyatakan yang mana yang terbaik. Boleh dikatakan inilah yang terbaik antara yang terbaik yang sentiasa menjadi pilihan.

Terlebih dahulu, mari kita lihat apa itu yang dikatakan pasembur.Pasembur ini bolehlah dikatakan seperti makananala-ala cucur yang dimakan bersama kuah pekat. Cucur ini boleh dipilih daripada pelbagai jenis makanan. Contohnya seperti pilihan udang, fishball, fishcake, isi ketam, sosej, sotong, tempe dan pelbagai lagi.

Semua ini akan dipotong secara kecil dan seterusnya dimakan bersama kuah pekat yang mempunyai pelbagai versi mengikut resepi kedai masing-masing. Kuahnya boleh sahaja menjadi kuah dan mempunyai rasa seakan-akan pedas-pedas manis dicampur dengan hirisan timun.

Proses dari pesan kepada penyediakan makanan juga tidak lama, anda hanya perlu pilih apa yang anda hendak, ianya akan dibuat terus pada waktu tersebut. Awas, walaupun anda nampak makanan seakan-akan sedikit sahaja yang diambil, tetapi sebenarnya mungkin boleh jadi satu bahagian yang besar apabila dipotong.

 

#1 GANI Famous Pasembur

3, Medan Renong,Padang Kota Lama,Jalan Tun Syed Sheh Barakbah,10200 Georgetown, Pulau Pinang

Waktu operasi untuk Gani famous Pasembur adalah di antara pukul 11 pagi kepada 2 pagi. Jadi jika anda datang kesini dengan harapan untuk sarapan sambil menikmati menu pasembur, mungkin terkuburlah jawabnya.

GANI Famous Pasembur

Gambar Foursquare

Antara tips apabila makan di sini adalah berhati-hati dengan pengambilan makanan seafood. Anda mungkin sedikit terperanjat harga yang mungkin sedikit tinggi daripada jangkaan. Tetapi bagi kami, perkara tersebut tidak menjadi masalah. Asalkan anda tahu apa yang anda hendak dan berkira-kira dalam mengambil. Harga seafood ketam, sotong sememangnya sinonim dengan harga yang sedikit mahal jika makan di luar.

 

#2 Hussain Pasembur

Medan Renong, 29, Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, 10200 George Town, Pulau Pinang

Seperti kedai pasembur yang lain, menu yang hampir sama sahaja anda boleh jumpa di sini. Hussain Pasembur merupakan salah satu gerai pasembur yang patut anda cuba juga jika di sini.

Hussain Pasembur
Hussain Pasembur

Gambar Foursquare

Gerai Hussain Pasembur ini terletak di padang kota lama, dan juga dikenali sebagai pasembur padang kota. Waktu operasi sini susah sedikit untuk dicari maklumatnya. Berdasarkan apa yang kami jumpa, ianya dibuka sekitar pukul 12 dan tutup pada pukul 10 malam.

 

#3 Pasembur Pulau Mutiara / Pasembur Menari/ Pasembur Gurney Drive

Gerai No. 9, Anjung Gurney

Seterusnya kami ingin kongsikan tentang Pasembur Gurney Drive! Sebenarnya ia mempunyai pelbagai versi nama.

Gerai ini terletak di Gurney Drive Hawker Centre dan tidak beberapa jauh daripada Gurney Plaza. Gurney Drive ni kelihatan seperti foodcourt yang mempunyai dua bahagian. Pada bahagaian pertama dan mula, anda akan lihat makanan ‘chinese’ dan jika anda terus ke hadapan akan ada satu lagi foodcourt.

Pasembur Gurney Drive

Gambar MySelera

Pasembur Pulau Mutiara dimiliki oleh Ayub Khan. Selain dikenali sebagai Pasembur Gurney Drive,gerai ini juga dikenali sebagai pasembur menari.

Apa yang menarik pelanggan adalah berkumandangnya alunan muzik semasa memotong rojak. Anda yang pertama kali makan disini pasti akan teruja dengan suasana begini dengan nyanyian lagu “Rojak Rojak”.

 

Pasembur Terbaik?

Jadi, untuk anda, pasembur mana yang menjadi pilihan? Ataupun anda mempunyai gerai cadangan pasembur yang lain?

Pendapat Anda?

2 Comments

Add Comment