Oh Nasi Kukus Ayam Berempah Pantai Dalam

Nasi kukus memang menarik. Ianya satu masakan yang mudah sahaja. Yang penting kuah dan ayam berempahnya sedap. Makan bersama dengan nasi putih. Kalau warga Pantai Dalam, mesti anda ada kedai nasi kukus untuk dicadangkan. Kami pernah makan di sini. Memang menarik! Nasi Kukus Pantai Dalam oleh Kedai Naim.

 

Nasi Kukus Pantai Dalam

Jalan Pantai Dalam, Kuala Lumpur
naim-nasi-kukus-4

Fuh, kuah dengan sambalnya

 

naim-nasi-kukus

Waktu operasi

 

naim-nasi-kukus-1

Harga Rm5 sahaja

 

naim-nasi-kukus-2

Serbuk gelap-gelap memang sedap!

 

nasi-kukus-pantai-dalam

Cubalah!

Ianya mula dijual pada pukul 12tengah hari sehinggalah 12 tengah malam. Ianya betul-betul terletak berdekatan di stesyen keretapi Pantai Dalam. Hanya berjalan sekitar 2-3 minit sahaja untuk ke kedai ini.Ianya dikatakan antara nasi kukus yang sedap di KL.

Apa yang menarik di kedai ini?

  • Ayamnya digoreng panas. Dan yang penting terasa rempahnya.
  • Harganya tidaklah mahal, orang kata standardlah dengan harga Rm5. Mana mahu dapat dengan saiz ayam yang besar.
  • Kuah dan rempah ayamnya. Fuh!

Review kami?

  • Kesedapan? Kami beri 8/10. Antara nasi kukus terbaik yang pernah kami makan.
  • Keselesaan? Selesa. Cuma kedai ini kecil. Maklumlah asalnya warung tetapi dibesarkan. Lagipun bukan senang hendak dapat tanah di Pantai Dalam.
  • Harga? Rm5. Mana mahu dapat?

Pendapat Anda?

Penaja

2 Comments

Add Comment