Oh Nasi Kukus Ayam Berempah :Nasi Kukus Farni’s

Selain nasi kukus Ilham, ada satu lagi kedai nasi kukus ingin kami kongsikan iaitu Nasi Kukus Farni’s yang terletak di Bukut Damansara. Nasi Kukus yang wajib anda cuba. Untuk sampai ke sini, ada beberapa tanda besar yang anda boleh gunakan. Cuba cari Pondok Polis Bukit Damansara, dimana bertentangan dengan Bank CIMB.

Kedai ini betul-betul terletak di belakangnya. Konsep kedai ini mudah sahaja, menggunakan khemah sebagai struktur kedai. Terdapat juga masjid yang berdekatan. Masjid Saiyidina Umar Al-Khattab. Jadi tidak perlu risau untuk tiada tempat untuk solat. Ini alamatnya untuk ke gerai nasi kukus ini :

Jalan Setia Murni, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur 50490

 

nasi-kukus-ayam-berempah

nasi-kukus-ayam-berempah

nasi-kukus-ayam-berempah-2

Kedai ini tidak mempunyai waktu yang tetap. Ianya bermula daripada tengah hari sehinggalah nasinya habis. Jadi untuk mengelak kempunan, silalah datang awal. Sebolehnya janganlah lewat daripada pukul 2 petang.

Nasi Kukus Farni’s juga menyediakan perkhidmatan untuk catering. Jadi sesiapa yang ingin mengadakan majlis seperti majlis kenduri atau kahwin bolehlah hubungi Farid 012 – 710 2206 Nani 012 – 223 2206. Lauk nasi kukus semasa kenduri kahwin, barulah gempak bukan. 😛

Harga nasi kukus di sini tidak mahal. Hanya RM5 untuk satu set di mana anda akan perolehi seketul ayam goreng dan kuahnya. Kedai ini tutup setiap Ahad dan hari Isnin minggu pertama setiap bulan

 


View farnis nasi kukus ayam goreng berempah in a larger map

Pendapat Anda?

Penaja

Add Comment