Oh Melaka! Tempat Makan Menarik di Melaka

Anda ingin berkunjung ke Melaka? Banyak lokasi selera di Melaka anda tahu? Kalau tiada, ni yang semangat hendak kami kongsikan ni. Melaka memang terkenal dengan keunikan rasa hidangannya.Mari saya tunjukkan destinasi selera wajib untuk anda lawati sepanjang persinggahan di sana.

 

#1 Ikan Bakar Umbai

Kalau anda teringin nak makan ikan bakar anda memang sangat dijemput untuk pergi ke Ikan Bakar Pernu, Umbai. Disini kemahsyuran ikan bakarnya memang tak perlu diragui lagi. Satu bandar Melaka kenal dengan keasyikan rasa ikan bakar disini.

Ikan yang segar dan pelbagai pilihan makanan laut disediakan. Ikan akan dibakar panas mengikut pilihan anda. Makanan lain seperti ketam, udang dan kerang turut disediakan. Anda hanya perlu memilih apa yang berkenan dihati.

ikan bakar umbai

 

ikan bakar umbai

 

ikan bakar umbai

 

ikan bakar umbai

 

Lokasi:

Taman Paya Dalam

Melaka, 75460

#2 Mi Sup Tengkera

Anda pernah makan Bihun Sup Tengkera? Kalau tak pernah rugi besarlah anda jika tidak ambil peluang ini. Jika anda orang Melaka dan tidak pernah merasainya ?

Seribu kali rugi jikalau begitu. Jom kita serbu apa kehebatan Bihun Sup Tengkera ini. Gerai Bihun Sup Tengkera ini terletak berhampiran dengan Masjid Lama Tengkera.

Anda usah risau pergi sahaja ke sana dan anda akan dapat cari di mana gerai tersebut, lebih lebih lagi gerai ini terletak sekitar Pantai Klebang. Destinasi popular pelancong yang banyak menyediakan menu- menu menarik.

Bukan sekadar bihun sup sahaja yang istimewa and juga patut merasai kelazatan popia basah dan popia kering disini. Ingat makan disini ada tiga sajian wajib. Pertama bihun sup, kemudian popia basah dan popia kering.

 

mi sup tengkera

 

mi sup tengkera

 

3 Menu patut cuba :

  • Mi Sup Tengkera
  • Popia
  • Air Mata Kucing

 

#3 Coconut Shake Klebang

Kawasan pantai Klebang, Melaka ini memang sangat popular dengan Coconut Shake yang sangat laris. Anda jangan terkejut melihatkan barisan manusia yang mahu mendapatkan Coconut shake ini.

Memang sudah sedia maklum lagi keenakan Coconut Shake ini. Terletak di Pantai Klebang anda tak perlu susah payah mencari gerai ini. Tanya sahaja penduduk setempat, dengan ramah hati mereka sedia untuk membantu anda. Budi bahasa budaya kita.

Kalau anda inginkan kelainan, pastikan anda memesan Coconut Shake Special. anda akan menerima ais krim sebagai bonus.

Coconut Shake Klebang

 

Coconut Shake Klebang

Terliur bukan? Sudah pasti ada yang sudah gatal kaki hendak melancong ke Melaka hendaknya. Apa salahnya, duit yang dikumpul itu takkan disimpan sahaja. Manjakan sedikit diri anda. Pergilah melancong!

Ada tempat makan yang menarik lagi di Melaka? Apa kata share or komen sedikit di bawah. 🙂

Pendapat Anda?

Penaja

3 Comments

  1. zainal
  2. iman

Add Comment