Anda sukakan penjelajahan? Jika ya, jom kita terjah dan mencari tempat makan minang terbaik di Terengganu. Penjelajahan mencari tempat makan terbaik di Kuala Terengganu untuk masakan minang yang dimaksudkan adalah Restoran Mat Binjai yang terletak di tengah bandar Kuala Terengganu iaitu di Jalan Sultan Sulaiman, Restoran Mat Binjai ini menyediakan masakan tradisi Terengganu untuk makan tengahari.

Sesuai untuk mereka yang bekerja atau sedang berjalan-jalan di sekitar Kuala Terengganu. Terdapat pelbagai keunikkan makan di sini.

 

Restoran Mat Binjai

Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu

 

Restoran Mat Binjai

Restoran Mat Binjai

Apa yang istimewa tentang restoran ini ialah ia menyediakan masakan berhidang yang disajikan ala makanan minang ataupun nasi padang. Jadi jika anda ingin merasai keenakkan ala-ala nasi minang atau padang, restoran ini boleh anda kunjungi.  Masuk saja ke dalam restoran ini, pelayan akan menyajikan hidangan semua lauk-pauk yang ada di situ.

Anda boleh memilih apa sahaja yang kita berkenan untuk dimakan. Lauknya sungguh banyak. Tidak terlarat anda untuk menghabiskannya. Bayaran hanya dikenakan untuk makanan yang dimakan sahaja. Benar-benar seperti konsep nasi padang.

Cuma perbezaannya adalah di restoran ini hidangannya adalah masakan tradisi Terengganu.Ayam gorengnya memang menarik hati sesiapa yang melihat. Cuba perhatikan gambar di atas. Tidak terliurkah anda?

 

Telur Penyu Restoran Mat Binjai

Mencari sesuatu yang unik di sini? Anda peminat telur penyu? Di sini juga terdapat beberapa hidangan yang jarang untuk kita temui seperti telur penyu. Itu juga antara keistimewaan yang ada di restoran ini. Anda boleh sahaja mencubanya. Ianya bolehlah dimasak secara separuh masak. Tetapi hati-hati, tekak anda mungkin loya akannya.

 

Harga Makanan Restoran Mat Binjai?

Rata-rata juga mencadangkan untuk mencuba roti canainya. Katanya memang sedap dan menarik.Ada juga yang memberikan komen negatif untuk restoran ini. Kata mereka mahal untuk makanan yang disediakan. Mungkin benar kata mereka, tetapi rasanya subjektif mahal adalah berbeza untuk setiap orang.

 

Anda bolehlah mencuba keenakan makanan  ala minang di sini jika berkunjung ke Kuala Terengganu. Restoran ini pasti akan memberi satu pengalaman yang berbaloi untuk anda.

Kredit : Gambar

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.