Nasi Lemak Cik Chom Nasi Lemak HIJAU Patut Pergi

Semua pernah makan nasi lemak. Nasi lemak yang sedap merupakan perkara yang biasa di Malaysia dan merupakan menu sarapan utama biasanya.

Tetapi pernahkan anda makan nasi lemak yang berwarna hijau? Pelik bukan? Selalunya nasi lemak adalah berwarna putih. Artikel kali ini kami ingin kongsi keistimewaan Nasi Lemak Cik Chom di Batu Pahat. Nasi lemak yang agak terkenal di Batu Pahat. Boleh kata sesiapa yang tidak kenal, bukan orang Batu Pahatlah namanya.

Nasi Lemak Cik Chom

Tidak sukar untuk ke restoran ini. Dari jauh sudah nampak restoran ini. Untuk alamat yang lengkap, No. 16, Jalan Kencana 1a/1, 83300 Sri Gading, Johor, Malaysia

 

Viral Nasi Lemak Hijau

Nasi lemak Cik Chom turut digelar nasi lemak hijau kerana warnanya selain dimasak bersama daun pandan bagi menaikkan aromanya menurut pemiliknya, Shukri Rahim. Ianya dihidang bersama-sama lauk terpilih dalam kuantiti yang besar dan merupakan warisan ibunya, Chom Salleh.

Nasi Lemak Cik Chom ini tiba-tiba menjadi viral beberapa tahun lepas. Apa yang kami lihat, ianya menjadi viral kerana menjual menu nasi lemak yang sangat unik iaitu Nasi Lemak Sotong King dan Nasi Lemak Ikan Siakap.Boleh terliur melihat sotong goreng rangup yang besar.

Nasi Lemak Cik Chom

Nasi Lemak Cik Chom
Imej via Foursquare

Selain Sotong dan Ikan Siakap, anda boleh juga memesan puyoh. Kata orang, apabila makan di sini, memang puas hati. Semua menu besar-besar saiznya.Sotong, ikan, ayaupun puyoh. Ikan siakap dikatakan ranggup di luar dan lembut di dalamm. Isinya dikatakan ‘fresh’ dan manis.

 

Waktu Operasi Nasi Lemak Hijau

Waktu operasi Restoran Nasi Lemak Cik Chom bermula sekitar jam 5 petang sehinggalah pukul 11 malam. Tetapi terpaksa bermula awal dalam pukul 4 petang kerana ramai sudah beratur. Ianya dibuka setiap hari kecuali hari Isnin.

Di sini konsepnya layan diri. Anda perlu beratur untuk dapatkan nasi lemak di sini.

 

Kenapa Perlu Cuba?

Menurut pelanggan, sepinggan makan di sini memang kenyang. Sepingan set dalam set menu ini anda akan dihidangkan dengan nasi lemak putih, nasi lemak hijau, kacang, ikan bilis, hirisan buah epal, ikan siakap dan sambal.

Adakah sambalnya pedas? Sambal dia dikatakan manis-manis sikit dan tidak pedas.

 

Kesimpulan

Anda patut datang dan cuba nasi lemak ini jika ke Batu Pahat. Memang sangat dicadangkan. Untuk maklumat terkini, bolehlah ke Facebook mereka.

Pendapat Anda?

Penaja

Add Comment