Nasi Kandar Wajib Cuba Sekitar KL

Nasi Kandar adalah salah satu menu terkenal di kalangan masyarakat Malaysia. Ciri-ciri berbilang kaum benar-benar mempelbagaikan hidangan dan selera kita.

Nasi Kandar bukan saja terkenal kerana ia berasaskan nasi yang menjadi makanan ruji rakyat Malaysia, tapi lauk yang dihidangkan sudah cukup melengkapkan makanan ruji kita.

Di Kuala Lumpur terdapat beberapa lokasi Nasi Kandar yang memang sudah dikenali ramai. Namun, jika anda masih baru di bandar ini atau anda mahu mencuba sesuatu yang baru, di sini ada beberapa lokasi nasi kandar yang boleh anda cuba.

 

#1 Zainul Nasi Kandar

Zainul Nasi Kandar terletak di Gerai no. 90, Lorong Sultan, Seksyen 52, 46200 Petaling Jaya. Ini adalah lokasi mendapatkan nasi kandar yang diketahui umum. Kuah kari dan ayam gorengnya dikatakan adalah pilihan ramai bagi yang biasa mengunjunginya.

Zainul Nasi Kandar

Zainul Nasi Kandar

Zainul Nasi Kandar

Namun, jangan keliru dengan satu lagi gerai iaitu Zainul Generation Nasi Kandar. Namanya hampir sama tetapi mereka bukanlah dua gerai yang serupa. Namun, tidak salah mencuba jika anda sudah sampai di sana.

Zainul Nasi Kandar dibuka kepada umum setiap hari pada pukul 11 pagi pada hari biasa serta 10 pagi pada hari minggu. Ia ditutup pada pukul 4 petang pada hari-hari biasa dan 5 petang pada hari minggu.

 

#2 Mohd Yaseen Nasi Kandar

Jalan Tuanku Abdul Rahman adalah lokasi yang boleh dikatakan terkenal dengan nasi kandarnya. Lokasi nasi kandar yang pertama terletak di no. 351 & 353, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur. Ia dinamakan sebagai Mohd Yaseen Nasi Kandar.

Mohd Yaseen Nasi Kandar Pulau Pinang

Mohd Yaseen Nasi Kandar Pulau Pinang
Lokasinya mudah dicari kerana bertentangan dengan Sony, tidak jauh daripada Honda, dan juga lokasi penting lain kepada pelancong seperti Tune Hotel. Mohd Yaseen Nasi Kandar dibuka setiap hari pada waktu tengahari sehingga 11 malam atau 1 pagi pada hari Jumaat.

Ia pernah muncul di dalam akhbar The Star sebagai nasi kandar paling sedap yang pernah dimakan oleh penulisnya. Oleh itu, bagi sesiapa yang tercari-cari nasi kandar di lokasi tersebut, jaminan ini penulis berikan kepada peminat nasi kandar untuk menjejakkan kaki di sini.

 

#3 Restoran Kudu Bin Abdul

Pernah muncul di laman sesawang pelancngan tripadvisor.com.my, Restoran Kudu Bin Abdul mendapat komen yang baik daripada mereka yang pernah mengunjunginya.

Restoran Kudu Bin Abdul
Terpaksa beratur panjang, duduk bersama-sama orang yang anda tidak kenali, tidak menjadi masalah apabila anda mula menyuapkan makanan ke mulut anda. Jumlah pelanggan yang ramai menjadi bukti rasa nasi kandar di sini.

Jika anda ingin mencuba nasi kandar di sini, ia terletak di nombor 335 di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Restoran Kudu Bin Abdul boleh mula dikunjungi pada pukul 11 pagi sehingga 5 petang.

 

#4 Suberi Nasi Kandar

Perlukan rasa kari yang berbeza? Untuk citarasa kari Melayu dalam nasi kandar anda, anda boleh cuba memandu ke Keramat iaitu Jalan AU 3/1. Di situlah terletaknya Suberi Nasi Kandar.

Suberi Nasi Kandar

Suberi Nasi Kandar
Ia dibuka seawal 7 pagi dan berakhir pada pukul 8 malam. Sebuah lagi cawangan mereka terletak di Setiawangsa. Lauk-pauk semuanya berempah, pilihan yang pelbagai serta harga yang murah berbanding kedai nasi kandar yang lain menjadi daya penarik kepada peminat nasi kandar yang mahu sedikit kelainan.

Jika biasanya anda disambut dan dilayan oleh mamak semasa hendak makan nasi kandar, di sini anda akan bertemu dengan mereka yang berbangsa Melayu dan bercakap loghat utara. Selamat menjamu selera!

 

#5 Restoran Deen Nasi Kandar

Restoran Nasi Kandar Deen
Lokasinya adalah di Ground Floor, Platinum Lake Condo, 53300 Setapak, Kuala Lumpur. Jika anda amat mementingkan kebersihan, Restoran Nasi Kandar Deen menyediakan ruang yang bersih dan selesa untuk menjamu hidangan nasi kandar mereka yang tidak kurang hebatnya.

 

#6 Restoran Ibramsha Nasi Kandar

Bertentangan dengan SSF Creative Lifestyle Hub, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Restoran Ibramsha Nasi Kandar adalah satu lagi lokasi penting nasi kandar berhampiran SOGO.

Restoran Ibramsha Nasi Kandar

Seperti biasa, jika anda datang pada waktu tertentu seperti tengahari hari bekerja, maka anda perlu turut sama beratur dengan pelanggan yang lain. Selain itu, ayam masak kicapnya juga adalah menu yang mendapat perhatian.

Alamat penuh Restoran Ibramsha adalah di 68, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

#7 Nasi Kandar Pelita

Pilihan utama Nasi Kandar Pelita sebenarnya adalah sambal udang, daging kicap, dan burung puyuh. Menurut tulisan di dalam laman sesawang mereka, Pelita, Nasi Kandar Pelita masih mengekalkan resepi asal nasi kandar dalam masakan mereka.

Maka tidak mustahil, cawangan mereka sudah pun mencapai hampir 30 buah termasuk di luar negara. Malah, tidak mustahil jika anda pernah menemuinya cawangan mereka di lokasi anda berada atau sudah biasa dengan namanya.

Oleh itu, jika anda sedang berada di Kuala Lumpur, mulakan langkah ke 2-G, Jalan Telawi 5 (Bangsar Baru), Bangsar, 59100 Kuala Lumpur untuk sampai ke cawangan mereka yang seterusnya di bandar ini.

Anda suka 7 cadangan nasi kandar di Kuala Lumpur ini? 🙂

 
 

Artikel Menarik Lain

Pendapat Anda?

Add Comment