8 Nasi Kandar Penang Sedap Wajib Pergi Tahun Ini

Nasi kandar Penang adalah antara makanan yang wajib anda cuba jika di Pulau Pinang. Ianya adalah antara makanan ‘nostalgia’ di Pulau Pinang.

Pelbagai restoran nasi kandar anda dapat jumpa di sini. Tetapi mencari nasi kandar Penang yang sedap sedikit berbeza. Walau bagaimanapun, anda jangan risau. Kebanyakkannya tidak sukar untuk dicari.

Apa Itu Nasi Kandar Penang?

Nasi kandar tidak jauh berbeza dengan makanan lain. Ianya seperti nasi campur Melayu, tetapi sedikit berbeza daripada cara masakan Melayu dan lebih banyak menggunakan rempah ratus.Ini membuatkan ianya lebih pekat dan terasa ‘kepanasannaya’ lagi. Lebih-lebih lagi jika ianya menggunakan jintan. Ho, pasti terasa panasnya.

Memang boleh sahaja bercakap mengenai nasi kandar Penang. Tetapi kami rasa anda sudah tentu tidak sabar ke isi penting post ini. Post kali in kami ingin kongsikan senarai lengkap nasi kandar di Penang patut anda pergi. Ianya berdasarkan pilihan dan pujian ramai berdasakan kesedapan. Video ini adalah komplikasi 8 kedai nasi kandar untuk anda cuba tahun ini.



Di bawah video ini, kami turut kongsikan alamat lengkap untuk kedai yang dipaparkan di dalam video. Jadi apa lagi, pastikan anda mencubanya apabila berada di sana. Barulah orang kata anda bercuti di Pulau Pinang.Yang penting sekali, jangan lupa sharekan post ini.

Alamat Lengkap Nasi Kandar Penang

#1 Shariff Nasi Kandar
Pasar dan Kompleks Makanan Jalan Permai, Gelugor

#2 Tajuddin Hussain Nasi Kandar
45 Lebuh Queen 10200 George Town

#3 Merlin Nasi Kandar
1 Lebuh Penang 10200 George Town

#4 Restoran Nasi Kandar Deen
Jalan Jelutong 11600 Jelutong

#5 Nasi Kandar Kampung Melayu
Flat Kg. Melayu 11500 Air Itam

#6 Nasi Kandar Line Clear
Jalan Penang 10000 George Town

#7 Deen Maju
Jalan Gurdwara 10150 George Town

#8 Hameediyah Restaurant
164 Lebuh Campbell 10200 George Town

Yang mana menjadi pilihan kami? Secara jujurnya, kami tidak dapat mencubanya apabila kami berada di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, antara menjadi pilihan kami apabila berada di sini adalah Restoran Nasi Kandar Deen.Shariff Nasi Kandar juga tidak kerangnya. Sedap dan pelbagai jenis lauk.

BACA:Nasi Kandar KL Wajib Pergi

Anda pernah mencuba restoran atau kedai nasi kandar yang lain? Apa pendapat anda? Yang manakah berada di carta hati anda sebagai nasi kandar Penang sedap?

Pendapat Anda?

Penaja

One Response

Add Comment