Nasi Kandar Kayu Penang- Tempat Makan Menarik!

Restoran Nasi Kandar Kayu ini memang kegemaran kami apabila ke Pulau Pinang. Memang selesa, cepat dan terbaik. Nasi Kandar yang terletak di kawasan Bayan Baru. Tidak jauh daripada Pesta Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Kira-kira sekitar 5-10 kilometer sahaja.

 

Restoran Nasi Kandar Kayu

13 Lebuh Nipah 7

Bayan Lepas, Penang 11900

Untuk yang bukan orang Pulau Pinang, mungkin agak sukar mencari kedai ini. Kerana kedai ini terletak di belakang dan kawasan perumahan berbanding di Jalan besar. Jadi, dengan penggunaan GPS akan banyak membantu.

Apa yang istimewanya di sini?

  • Nasi kandarnya-Cuba ambil lauk ayam goreng, sotong, telur sotong dan ambillah kuahnya sebanyak mungkin. Memang sedap!
  • Mee goreng ala mamak
  • Roti tisu
  • Teh ais yang tentunya terasa manis susunya(berhati-hati dengan cholestrol 🙂 )
  • Jangan lupa ambil serbuknya semasa ambil lauk. Itu yang istimewa
nasi-kandar-kayu

Muka hadapan restoran Nasi Kandar Kayu

 

nasi-kandar-kayu-1

Makan dengan ayam dan telur sotong goreng memang terbaik!

 

nasi-kandar-kayu-2

Lauk-lauk lain

 

nasi-kandar-kayu-3

Istimewanya pada serbuknya

 

nasi-kandar-kayu-4

Tandoori yang terbaik

 

nasi-kandar-kayu-5

Roti tisu yang panjang

 

nasi-kandar-kayu-6

Sotong yang terbaik

Review kami?

  • Kesedapan? Memang terbaik! Jangan persoalkan lagi. 9.5/10
  • Harga? Bergantung kepada apa yang diambil.Kalau anda ambil sotong, udang dan ketam memanglah mencanak harganya. 🙂
  • Keselesaan? Selesa, cuma penuh dengan orang. Tempat 80% sentiasa penuh. Kami suka duduk bahagian dalam, ada aircond.

 

 

Kredut gambar : Foursquare

Pendapat Anda?

Penaja

Add Comment