, ,

Nasi Kandar Beratur Original Best Di Penang

Nasi Kandar Beratur Original

Nasi kandar adalah antara menu utama tarikan di Pulau Pinang. Kalau datang Pulau Pinang ini, sememangnya tidak sah kalau berat badan tak naik sekurang-kurangnya 2-3 kilogram.

Mana tidak mahunya, dari pagi sampai petang asyik makan makanan yang menarik sahaja. Sememangnya syurga makanan. Lebih-lebih lagi nasi kandar. Ada sahaja beberapa tempat makan nasi kandar yang wajib singgah jika ke sini.Salah satunya adalah Nasi Kandar Beratur Original.

 

Nasi Kandar Legend

Tempat makan ini adalah antara tempat makan ‘legend’ di Pulau Pinang. Sudah wujud lagi sejak sekian lama.Ianya wujud sejak tahun 1943

Berdasarkan nama, kami pasti anda sudah boleh mengaggak kenapa ianya patut dikunjungi. Tempat makan nasi kandar yang patut dicuba dan sudah tentunya kena beratur.

Nasi Kandar Beratur Original
Imej via Foursquare

Tempat makan ini letaknya di Jalan Masjid Kapitan Keling. Betul-betul terletak di sebelah Masjid Kapitan Keling. Boleh waze da tulis “Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, Penang 10300”. Antara ‘landmark’ adalah kedai-kedai emas yang terletak berhampiran dan bersebelah masjid Kapitan.

Tidak sukar nak cari kedai nasi kandar ni sebab ianya adalah terletak di tepi jalan utama sahaja. Perniagaan Nasi Kandar Beratur ni hanya bermula pada jam 10 malam sahaja sehingga awal pagi.Ianya dibuka setiap hari. Jadi tidak perlu risau tentang waktu operasi.

Apa yang membuatkan Nasi Kandar Beratur ni sedap sangat sampai ramai sangat orang beratur? Berbaloi ke beratur untuk nasi kandar ini seperti yang digelarkan?

Berdasarkan pendapat, ramai mengatakan ianya antara nasi kandar yang best di Pulau Pinang.Boleh jadi ketagih melihat masakan-masakan yang ada.

Sangat-sangat disyorkan apabila berada di Pulau Pinang.Antara menu yang boleh dicuba adalah ayam goreng dan telur bawang.Dah namapun makan nasi kandar, pastikan jangan lupa untuk letak kuah campur. Semua gabungan ini akan menghasilkan gandingan yang mantap.

 

Kesimpulan

Jangan lupa untuk mencuba kedai makan ini apabila berada di bandar Pulau Pinang. Kami pasti anda tidak akan menyesal.

 

Lokasi Nasi Kandar Beratur

98, Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Pendapat Anda?

Restoran Pegaga

Tempat Makan Best Di Ampang

Nasi Lemak Village Park

Village Park Nasi Lemak Review