Nasi Arab Sedap Pilihan Kami

Hari ini kami ingin kongsikan 4 tempat makan nasi arab yang sedap pilihan kami. Mungkin pandangan anda adalah berbeza. Tetapi inilah carta pilihan kami untuk nasi arab. Semoga ianya sama dengan pilihan anda. 🙂

Kita bermula daripada No.4 kepada akhirnya yang terbaik. Sudah bersedia?

 

 

No. 4

Nasi Arab Hadramawt, Ampang

Kami suka juga makan di sini. Lebih-lebih lagi kebelakangan ini Hadramawt rajin memberi diskaun dengan pembelian di Groupon..my. Jika anda dalam budget, tunggulah diskaun hampir 40% di Groupon.my. Kami selalu membuat demikian. Kini, kedai ini turut mempunyai cawangan yang baru berdekatan Pavilion.

Apa yang kami sukakan adalah suasana yang bersih dan esklusif. Kesedapannyanya kami beri 8/10

nasi-arab-hadramawt

Set nasi arab Hadramawt

 

 

No3

Nasi Arab Uniten

Kalau yang kerja berdekatan, pasti selalu makan di sini. Salah satu krew kami juga selalu makan di sini terutamanya selepas Sembahyang Jumaat. Kenapa dipanggil Nasi Arab Uniten? Kerana kedai ini terletak di medan makan Universiti TNB . Berada dalam ranking kami kerana servis yang cepat dan harga yang berpatutan.

Kesedapan? Kami berikan 8.5/10

nasi-arab-uniten

Hadapan kedai

 

nasi-arab-uniten-1

Sedapnya!

 

 

No.2

Nasi Arab Saba, Cyberjaya

Warga Kuala Lumpur dan sekitar Cyberjaya pasti tahu tempat ini. Antara perintis nasi arab yang awal di Cyberjaya. Selalu sahaja penuh dengan orang. Kami juga selalu datang makan di sini. Perlu datang awal, kalau tidak mungkin menu yang diminta sudah tiada.

Kesedapan? Kami berikan 8.8/10 .

nasi-arab-saba-cyberjaya-

Hadapan kedai

 

nasi-arab-saba-cyberjaya-3

Set nasi arab

 

 

No 1

Nasi Arab Damsyik Senawang

Ini adalah nasi arab kegemaran kami. Jauh nun di Senawang, memang satu perjalanan yang memenatkan. Tetapi wah, bila lauk masuk dalam mulut,memang yang terbaik. Nasi dan ayamnya memang sedap dan tidak boleh dilawan setakat ini.

Kesedapan? Kami berikan 9.4/10.

nasi-arab-damsyik

Kedai hadapan

nasi-arab-damsyik-3

Set nasi arab Damsyik

Untuk mengetahui lagi lebih lanjut review kami tentang temat makan ini, boleh melawat review kami tullis sebelum ini.  Nasi Arab Damsyik Senawang

 

Pendapat Anda?

Penaja

One Response

Add Comment