Mengidam Ana Ikan Bakar Petai

Kalau di Bangi, anda boleh cuba makan ikan bakar di Ana Ikan Bakar Petai. Tidak perlu jalan jauh untuk ke Bagan Lalang semata-mata untuk makan ikan bakar. Bangi turut mempunyai tempat makan menarik untuk ikan bakar.  Ikan bakar di sini segar-segar belaka dan banyak sahaja pilihan. Daripada ikan kepadalah sotong dan udang, semua ada di sini.

 

Restoran Ana Ikan Bakar Petai

Persiaran Kemajuan (Bandar Baru Bangi),
Bangi, Selangor 43650

 

Restoran ini terletaknya bersebelahan Balai Bomba Bangi. Kawasannya betul-betul di jalan utama. Anda boleh nampaknya dari tepi jalan. Kawasan tempat makan juga luas, kira-kira boleh menampung 200-300  orang sekaligus pada satu masa. Tidak perlu risau dengan tempat duduk. Ada sahaja kosong, cuma tidaklah boleh memilih ingin duduk di mana.

Kalau makan di sini, kami sudah punya menu wajib. Iaitu ikan bakar, udang batter, ketam masak cili dan paling penting sotong goreng tepung.

Apa yang menarik di sini?

  • Ikan bakarnya dibakar bersama-sama daun pisan dan petai. Inilah yang membuatkan aromanya naik sehingga terliur dan kecur air liuh.
  • Boleh cuba udang masak batternya, memang sedap dan kami sukakannya.
  • Boleh juga cuba ketam masak cili
  • Walau apapun, ikan bakarnya tetap yang terhebat!
ana-ikan-bakar-petai-1

Hadapan restoran

 

ana-ikan-bakar-petai-2

Sotong goreng tepung

 

ana-ikan-bakar-petai-3

Udang masak batter

 

ana-ikan-bakar-petai-4

Dibaluti daun pisang

 

ana-ikan-bakar-petai-5

Kecur air liur den!

 

ana-ikan-bakar-petai-6

Haish sedapnya!

 

ana-ikan-bakar-petai-7

Ketam bercili

 

ana-ikan-bakar-petai-8

Pari bakar

 

ana-ikan-bakar-petai-9

Sesuai untuk 8-10 orang

 

Tempat letak kereta juga tiada masalah. Besar dan luas. Suasana pun meriah. Pesanan dihantar cepat. Tidak seperti tempat lain. Pesanan dihantar dalam tempoh 10-15 minit sahaja. Manakala ikan bakar sekitar 15-20 minit. Tidak penat menunggu. Di restoran ini, anda boleh juga untuk menempah awal. Caranya dengan menghubugi restoran ini secara terus.

 

Review kami?

  • Kesedapan? Kami berikan antara 8-9/10. Terutamanya untuk ikan bakarnya.
  • Harga? Sederhana. Sekitar RM150-250 untuk 10 orang makan dengan bersamaan 2 jenis ikan bakar, sotong goreng tepung, udang batter,tomyam dan 2 jenis sayur.
  • Suasana? Selesa dan jangan risau dengan tempat duduk.

 

 

 

Kredit gambar : Foursquare

Pendapat Anda?

Penaja

4 Comments

  1. Yani
  2. Jaam Rahman
  3. din
  4. izat

Add Comment