Senarai Tempat Makan BEST Di Lumut Bila Bercuti!

Walaupun ada banyak tempat makan terkenal di Lumut, namun saya terpaksa menghadkan pilihan kepada restoran yang menyediakan masakan halal supaya semua lapisan masyarakat boleh menikmatinya.

Berikut 7 tempat makan pilihan di Lumut.

 

#1 Restoran D’Warisan

No. 12, Jalan Teluk Batik, Kg Teluk Murok, 32200 Lumut

Restoran D'Warisan Lumut
Imej via Foursquare

Jika anda suka makanan laut, Restoran D’Warisan adalah antara yang perlu dikunjungi. Cuba gulai ketam, siput seduk masak lemak, ikan bakar yang terdiri daripada pelbagai jenis ikan segar. Selain makanan laut, daging juga disediakan dengan pilihan ulam-ulaman dan kerabu.

Kuih-muih juga disediakan. Waktu puncaknya ialah tengah hari di mana makanan yang disediakan juga masih panas.

Dibuka dari hari Rabu sehingga Isnin dari jam 7:30 pagi sehingga 1 pagi.

 

#2 Restoran Bakau D’Muara

Persiaran Lumut Permai 1, 32200 Lumut

Antara tempat makan malam untuk anda cuba jika datang bercuti di Lumut adalah Restoran Bakau D’Muara.Terdapat pelbagai jenis makanan laut seperti ikan, udang, ketam, sotong dan banyak lagi boleh anda pilih di sini.

 

#3 Restoran Horizon Garden

7-9 Persiaran PM 3/2, Pusat Bandar Seksyen 3, 32040 Seri Manjung

Restoran Horizon Garden
Imej via Foursquare

Lokasinya di antara Tesco dan Pasaraya Billion. Pelanggan yang pernah berkunjung ke sini akan memuji suasananya yang amat bersih dan selesa serta pekerja yang mesra dan pantas bekerja. Ia adalah perkara pertama yang disedari pelanggan sejurus tiba ke sini.

Cuba ikan kerapu nyonya, ikan siakap stim, udang mentega, ayam lemon dan pelbagai lagi di dalam menu mereka.
Bagi umat Islam, ada surau disediakan untuk kemudahan solat.

Bagi mereka yang ingin membuat majlis tertentu, Horizon Garden sedia membantu anda. Ruang untuk majlis boleh memuatkan sehingga 50 orang dengan kemudahan sistem PA dan karaoke. Oleh itu, ia sering menjadi lokasi piihan keluarga dan pertemuan dengan rakan-rakan.

Lebih menarik, mereka menyediakan tempat untuk bayi anda yang tertidur semasa anda hendak makan.

 

#4 Restoran Lumut

Jalan Sultan Idris Shah, 32200 Lumut

Ini adalah restoran masakan Cina yang halal. Mungkin ada sedikit perbezaan dengan menu masakan Cina yang asal. Oleh itu, ada pelanggan-pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perbandingan tersebut. Tambahan pula, Restoran Lumut yang tidak kurang hebatnya iaitu Capri dan Jook.

Namun, bagi mereka yang baru dengan masakan Cina, mereka berpuas hati dengan hidangan yang diterima.

 

#5 Restoran Ikan Bakar Lumut

Jalan Iskandar Shah, 32200 Lumut

Restoran Ikan Bakar Lumut
Imej via Foursquare

Ada banyak restoran ikan bakar. Jadi, meletakkan restoran anda sebagai salah satu darinya adalah satu persaingan yang hebat. Ikan bakar di sini menerima pujian daripada pelanggan namun bagi sesetengahnya pula, ia bukanlah yang terbaik yang mereka pernah rasa. Namun, kepantasan dan layanan mesra pekerja adalah satu kelebihan.

Seperti biasa, pilihan menu yang diberikan kepada pelanggan adalah pelbagai termasuk masakan barat. Restoran Ikan Bakar Lumut adalah pilihan untuk seisi keluarga.

 

#6 Restoran Capri

Lumut Valley Resort Condominium, Pt 4189, Jalan Sultan Idris Shah, 32200 Lumut

Anda mencari masakan western atau Itali yang sedap? Kalau begitu cubalah makan di Restoran Capri.

Waktu operasi bermula daripda pukul 11.30 pagi sehinggalah 11.30 malam.

 

#7 Restoran Silaturrahim

No. 3A (Lot 1598) Jalan Teluk Batik, 32200 Lumut

Antara restoran yang terkenal masakan kampung di Lumut adalah Restoran Silaturrahim. Aneka masakan ala kampung, ulam-ulaman, ikan bakar, tempoyak, budu, dan macam-macam lagi dapat anda jumpa dan makan di sini.

Restoran ini menggunakan konsep layan diri dan terkenal dengan segala jenis ulaman. Semua jenis ulam yang terlintas di fikiran ada di sini dan pelbagai jenis lauk ada di sini untuk dicuba. Boleh jadi rambang mata dengan lauk-pauk yang tersedia bila berada di sini.

Waktu operasi daripada pukul 11pagi sehinggalah 4 petang. Dibuka pada setiap hari dan tutup hari Jumaat.

Pendapat Anda?

Penaja

Add Comment