Langgaq Bihun Utara, Bihun Sup Yang Sedap Di KL?

Jika anda ingin mencari sup utara yang menarik sekitar KL, mungkin restoran ini adalah jawapannya. Boleh dikatakan antara bihun utara yang sedap di Kuala Lumpur. Tempat yang dimaksudkan adalah Langgaq Bihun Sup Utara.

Apabila anda berada di sini, anda akan lihat warna restoran hijau kuning. Anda sememangnya dapat menganggak pasukan bola sepak apakah yang disokong oleh restoran ini.

 

Langgaq Sup Utara

Langgaq Sup Utara

Langgaq Sup Utara
Imej:Foursquare

Restoran ini berkonsepkan utara! Jadi sesiapa yang ingin makan bihun sup utara yang padu dan jati bolehlah datang dan terjah ke Langgaq Bihun Sup Utara. Pelbagai menu dapat anda pesan di sini. Sudah tentunya menu sup utara adalah pilihan utama.

Selain bihun sup (daging, ayam, paru, tulang, perut) terdapat juga laksa, mee rebus, mee langgaq, char koeteow, nasi lemak Kedah dan cucur udang. Memang rasa seperti di Utara sana tu.

Sesuai dengan taglinennya, Biaq Sedap Jadi Ingatan, kami pasti anda akan datang makan ke sini lagi. Jika anda peminat bola, berhati-hati apabila datang ke sini. Restoran sini boleh dikatakan tempat penyokong Kedah lepak sambil melayan game live jika melibatkan pasukan Kedah. Jadi jika anda JDT atau lain-lain, mungkin sedikit bahaya. Hehe.

Antara menu yang dicadang ramai adalah bihun sup utara yang menjadi menu wajib di sini. Selain itu, menu seperti laksa juga mendapat pujian ramai. Kononnya adalah laksa terbaik di KL. Betul atau tidak, anda patut cuba dan kongsikan di bawah nanti.Menu mee gorengnya juga menjadi sebutan.

Kini restoran ini mempunyai 1 lagi cawangan di Taman Dagang, Ampang (bersebelahan Restoran Upin & Ipin). Itu sahaja review kami, jika anda ingin datang ke sini, di sini kami kongsikan info lengkap tentang restoran ini.

Langgaq Bihun Sup Utara
27, Jalan AU 2a/17, Taman Seri Keramat,
Ulu Kelang,
54200 Kuala Lumpur
(berdekatan Pejabat Agama Daerah Gombak Timur)

Koordianat GPS :
3.172450, 101.750945

Waktu Operasi :
3.00 petang hingga 11.30 malam setiap hari

Pendapat Anda?

Penaja

Add Comment