Lagi Tempat Makan Menarik Di Kuantan

Kuantan mempunyai beberapa tempat makan yang menarik. Jika anda ke sana, jangan lupa untuk singgah antara tempat yang akan kami cadangkan. Ianya berdasarkan pilihan ramai dan berpatutan dengan harga. Semoga ianya membantu anda ketika di sana nanti. Ini adalah antara tempat makan menarik di Kuantan.

 

#1 Gerai Calong U Turn

Mee Calong

No 1 & 2, Medan Selera Feri (Jalan Tanah Putih), Kuantan, Pahang 25000

Tempat ini terkenal dengan sarapannya.  Terletak di Medan Feri di depan Pasaraya Giant. Anda hanya perlu mengambil U-turn ketika di Pasararaya Giant. Mungkin nama kedai ini adalah disebabkan pelanggan perlu mengambil U-turn jika hendak makan di sini. Pernah dengar tentang Mee Calong? Mee Calongnya adalah wajib anda ambil untuk sarapan.

Suasana yang tenang membuatkan tempat ini sesuai untuk dilawati pada waktu pagi. Medan ini berdekatan dengan sungai.

 

#2 Fryerzone Western Kuantan

Fryerzone Western Kuantan

Taman Indera Sempurna , Kuantan

Jika anda mencari Chicken Chop yang sedap di  Kuantan, mungkin kedai ini patut anda lawati. Harganya juga dikatakan murah dan berbaloi. Harganya adalah RM8 untuk 1 set Chicken Chop.  Menu yang paling dipilih ramai adalah  menu promosi Chicken Chop (Promosi Set Chicken Chop dengan Jus Buah). Hanya ada pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Menu ini boleh dibeli dengan harga RM9.50.

Sebenarnya tempat ini agak jauh dari Kuantan. Sesuai untuk sesiapa yang menginap di Sempurna Resort Kuantan. Sempurna Resort ini boleh dikatakan  antara resort yang murah di sini.

 

#3 Burger Bakar Big Show Grilled 

Burger-Bakar-Big-Show

Burger bakar di Kuantan juga menarik untuk dicuba. Orang cakap boleh lawan yang di KL punya.Tempat ini juga menarik untuk berehat kerana terletaknya berdekatan pantai. Antara tempat best makan dan menarik untuk berehat di Kuantan. Pemandang pantai cantik disamping angin bertiup sepoi-sepoi bahasa .

 

#4 Karipap Panas

Karipap-Panas

Taman Gelora

Kedai ini sememangnya terkenal dengan karipap panasnya. Harganya adalahRM1 seketul. Saiznya besar daripada kebiasaan.Jika tidak salah kami, kedai ini ditutup pada pukul 6 petang.

 

Kesimpulan

Semoga entri tempat makan menarik di Kuantan membantu anda menyelesaikan masalah makan  jika anda ke sana. Kami akan menulis lebih banyak lagi tentang tempat makan di sini.

 

 

Kredit gambar : Foursquare dan Qkhadeeja

Pendapat Anda?

Penaja

Add Comment