Kuey Teow Iman Kuey Teow KerangTerbaik Di Alor Setar?

 

Kami di dalam sebuah misi. Misi untuk membuktikkan sesuatu. Adakah Kuey Teow Iman adalah kuey teow kerang terbaik di Alor Setar?

Makan malam di Alor Setar pastinya tidak kurang hebatnya dengan begitu banyak tempat untuk dikunjungi termasuk gerai-gerai kuey teow yang begitu banyak di sini. Salah satu restoran kuey teow goreng yang popular di sini adalah Kuey Teow Iman.

Restoran ini terletaknya di Taman Pandan (Lebuhraya Sultanah Bahiyah), 05350 Alor Star, Kedah, Malaysia

Sebelum itu, ingin kami beritahu bahawa ini bukannya char kuey teow. Terdapatnya perbezaan antara char kuey teow dan juga kuey teow goreng. Kuah char kuey teow biasanya lebih berair. Sangat berbeza dengan kuey teow goreng, ianya lebih kering.

 

Tentang Kuey Teow Iman

Bermula sebagai sebuah gerai yang menjual kueyteow, kueyteow kerang dan juga nasi lemak bungkus untuk dimakan di tepi jalan, kini Kuey Teow Iman berkembang dengan begitu pesat dan memiliki sebuah restoran yang tersergam di Jalan Sultanah.

Kuey Teow Iman

Kuey Teow Iman

Restoran ini juga turut menyajikan makanan barat dan juga nasi ayam serta satay untuk santapan para pengunjung yang agak ramai terutamanya di malam minggu. Ramai juga mencadangkan untuk mencuba Chicken Chop. Kata mereka ianya sedap sekali!

 

Menu Terbaik Kuey Teow Iman

Namun ‘killer menu’ di sini masih lagi kuey teow kerang  yang begitu berkualiti dengan rasa yang kuat serta sayuran yang segar, pengunjung di sini amat mengagumi hidangan di sini. Tidak hairanlah jika pelanggan di sini turut melibatkan pengunjung dari luar.

Kuey Teow Iman

Kuey Teow Iman

Berdasarkan gambar anda boleh membayangkan keenakkan kuey teow kerang ini. Telur yang diletak di atas bingkas membuatkan si pemakan tidak sabar untuk memasukkannya ke dalam mulur. Lebih-lebih lagi melihat goyangan telur di atas kuey teow kerang tersebut.

Ini antara pendapat yang diterima tentang Kuey Teow Iman,

Terbaik! Cheq pi kolumpo sabah tengganu johor perak indon bangkok jepun singapore budapest last2 balik cari koeteow kat sini jugak. Hat ni the best in the world!
-Fiexa

Kuey teow dia ketaqqq pala
-Amaruddin

Try Roti Arab and Koeyteow at here . Marvelous!
-Nur Athilia

Berdasarkan pandangan ramai, kami pasti kini anda juga tidak akan sabar untuk makan di sini.Mungkin betul pendapat ramai orang tentang Kuey Teow Iman bahawa kuey teow kerangnya adalah terbaik di Alor Setar.

Patut Cuba Di Kuey Teow Iman

  • Kuey teow kerang (utama)
  • Nasi ayam
  • Satay
  • Chicken chop

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.

Pendapat Anda?

Penaja

Add Comment