, ,

7 Tempat Makan Best Di Klang 2017

Mee Rebus Kak Ida

Ada banyak tempat makan menarik di Klang memandangkan jumlah penduduknya yang ramai. Namun, disenaraikan di sini 7 tempat makan best di Klang untuk dikunjungi.

 

#1 Restoran Sate Kajang Hj. Samuri

Alamat: No. 27-00-01 & 25-00-01, Lorong Batu Nilam 1E, Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang

Sate Kajang Haji Samuri Klang

Imej via Foursquare

Nama Sate Kajang Hj. Samuri tidak asing lagi di Klang dan mungkin di Malaysia juga. Tarikan utama mereka sudah tentulah sate. Setiap hari terutama semasa hujung minggu adalah waktu mereka diserbu peminat sate. Jika anda mahu ‘tapau’, pastikan anda membuat tempahan sekurang-kurangnya setengah jam lebih awal untuk mengelakkan anda terpaksa menunggu lama.

Kuah kacang yang dimakan bersama sate menjadi pelengkap hidangan. Saiz sate mereka adalah saiz sate biasa. Jika anda tidak mahu sate atau mahu menambah menu, mereka juga turut menyediakan beberapa jenis makanan tempatan yang lain. Restoran Sate Kajang Hj. Samuri terletak di premis yang amat besar. Ia dibina dengan sentuhan gaya rumah Melayu.

 

#2 Deli Rich

Alamat: G25, Pusat Membeli-Belah Aeon Bukit Raja, Persiaran Bukit Raja 2, 41150 Klang

Deli Rich Klang

Imej via Foursquare

Letih membeli-belah, bolehlah singgah makan di Deli Rich. Ia menyediakan makanan Malaysia, Itali, Jepun dan barat termasuk nasi lemak, nasi ayam, lasagna dan lamb chop. Masakannya sedap dengan harga yang diletakkan juga berpatutan.

Rata-rata pelanggannya memuji sikap pelayan yang mesra. Deli Rich bukan sahaja memikat hati rakyat tempatan, malah turut menerima pujian dari pelancong luar negara.

 

#3 Nyonya Kitchen and Caterers

Alamat: No. 220 & 222, Jalan Batu Unjur 7, Taman Bayu Perdana, 41200 Klang

Nyonya Kitchen and Caterers

Imej via Foursquare

Nyonya Kitchen and Caterers dibuka bermula hari Khamis sehingga Selasa pada pukul 10:30 pagi sehingga 9 malam kecuali Sabtu dan Ahad di mana ia dibuka 1 jam lebih awal. Ia ditutup pada hari Rabu. Melihat sahaja namanya, kita sudah tahu jenis masakan yang ditawarkan di sini.

Ada Ayam Pandan, Kari Kepala Ikan Kapitan, sotong goreng, sambal terung dan pai tee. Ada cendol sebagai pencuci mulut. Dua lot kedai yang diambil sebagai premis membolehkan ia menampung jumlah pelanggan yang agak ramai dan selesa.

 

#4 Mee Rebus Kak Ida

Alamat: Jalan Kasuarina 1/KS7, Persiaran Botanik, 41200 Klang

Mee Rebus Kak Ida

Imej via Facebook

Agak jarang sebenarnya menemui restoran yang menu utamanya ialah mee rebus. Oleh itu, apa kata cuba Mee Rebus Kak Ida. Ia dikatakan amat lazat. Malah menu yang lain seperti laksanya juga tidak kurang hebatnya.

Selain makanan yang lazat, Mee Rebus Kak Ida juga mendapat perhatian kerana sikap mesra pemiliknya dan layanan 5 bintang oleh pekerjanya. Mee Rebus Kak Ida dibuka dari hari Selasa sehingga Ahad bermula jam 12 tengah hari sehingga 7 malam. Ia ditutup pada hari Isnin.

 

#5 Warong Warisan Asli

Alamat: No.2, Jalan Baru, 41200 Klang

Warong Warisan Asli

Imej via Facebook

Ia beroperasi setiap hari bermula 12:30 tengah hari sehingga 1 pagi. Tapi, ia dibuka agak lewat pada hari Jumaat iaitu jam 3:30 petang. Warong Warisan Asli menyediakan masakan Melayu termasuk asam pedas dan pilihan pelbagai mi.

Mereka juga menyediakan masakan lain seperti pasta, burger, dan makanan barat yang biasa seperti lamb chop. Selain itu, anda juga boleh memilih makanan yang lebih ringan seperti ubi goreng dan jemput-jemput. Tempatnya selesa dan ada ruang yang mempunyai penghawa dingin.

 

#6 Tetra House of Biryani

Alamat: Lorong Batu Nilam 4a, Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang

Tetra House of Biryani

Imej via Foursquare

Tetra House of Biryani dikatakan antara yang terkenal di Klang. Biryani merupakan menu utama dengan tambahan menu tempatan yang lain seperti mi. Antara yang perlu dicuba ialah biryani udang yang jarang-jarang ditemui di tempat lain.

Suasana di sini juga selesa dengan alunan muzik yang perlahan. Pelanggan juga memuji ramuan di dalam resepi yang dirasakan antara yang terbaik pernah dirasa. Harganya dikatakan agak mahal namun berbaloi dengan apa yang anda dapat.

Mereka yang tidak makan daging boleh memilih biryani vegetarian atau yang bebas daging. Pada waktu pagi, anda boleh bersarapan dengan beberapa pilihan roti seperti roti canai. Biryani bermula jam 11 pagi sehingga malam.

 

#7 Muara Ikan Bakar, Ikan Bakar di Klang

Alamat: Lingkaran Sultan Hishamuddin, 42000 Klang

Muara Ikan Bakar Klang

Imej via Facebook

Ikan segar amat penting bila anda ke restoran ikan bakar. Itulah yang diutamakan oleh Muara Ikan Bakar. Ia terletak berhampiran dengan Pelabuhan Klang. Oleh itu, jika anda datang pada waktu hampir malam, anda akan disajikan dengan pemandangan indah matahari terbenam.

Walaupun begitu, tempat ini agak sukar bagi mereka yang tidak memandu memandangkan tiada kenderaan awam di situ. Kerana jumlah pengunjung yang sentiasa ramai, maka makanan hanya akan tiba adakalanya kira-kira 30 hingga 40 minit.

Jangan lupa makan nasi lemak mereka juga kerana ia adalah pilihan pelanggan yang berkunjung ke Muara Ikan Bakar juga.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Pendapat Anda?

Restoran Belauk Bangi

17 Tempat Makan Di Bangi Yang Sedap PATUT Anda Pergi

16 Tempat Makan Menarik di Johor Bahru (2017) Wajib!