Update 11 Oktober : Keputusan Peraduan Saji.my

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seperti yang diketahui akhirnya tamat sudah peraduan review laman web saji. Ianya telah berlansung selama sebulan dan telah tamat 5 Oktober yang lalu. Tajuknya bebas, namun yang malangnya tidak ramai yang masuk. Mungkin hadiahnya tidak menarik. Sekadar RM50 mungkin. Hadiahnya tidaklah lumayan, tetapi adalah sedikit. Wah, sedikit sedih. 🙁

InsyaAllah kami akan buat lagi peraduan seperti ini di masa akan datang dengan hadiah yang lebih lumayan. Harapnya ramai yang masuk selepas ini. InsyaAllah. Mungkin hadiah seperti Iphone akan menarik minat ramai untuk masuk.Hehe

 

saji.my

Saji.my-Tempat Makan Menarik

 

Walau bagaimanapun ada berita baik yang masuk. Oleh kerana penyertaannya adalah sebanyak 5 orang sahaja, maka semua orang dapat hadiah RM50. Wah, mana hendak dapat bukan . Jadi peserta di bawah mohon hantar maklumat nama, akaun bank dan bank untuk kami masukkan RM50. Ataupun jika kurang yakin, mungkin kami berikan hadiah dalam bentuk prepaid atau cadangan lain yang dipersetujui. 🙂

Senarai peserta

Jangan lupa hubungi kami ye di firioza@yahoo.com dengan tajuk Wang RM50 . Sekali lagi kami ingin mengucapka ribuan terima kasih atas penyertaan kalian. sangat menghargainya. 🙂

Pendapat Anda?

Penaja

3 Comments

    • Tim Saji.My

Add Comment