10 Tempat Makan Kedai Ikan Bakar Pilihan

Bagi masyarakat Malaysia amnya, masa makan malam merupakan waktu terbaik untuk berkumpul bersama keluarga dan berbincang tentang aktiviti seharian setiap ahli keluarga. Ia dikatakan masa berkualiti untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan. Di kalangan generasi muda pula, inilah masa untuk bersantai bersama rakan-rakan dan bersenang-senang selepas seharian memerah tenaga bekerja.

Untuk itu, antara tempat untuk makan malam yang paling ideal untuk seisi keluarga adalah kedai ikan bakar ataupun medan ikan bakar kerana di situ terdapat pelbagai menu makanan yang menepati kehendak setiap individu di dalam keluarga. Ianya juga biasanya terletak di tempat yang santai dan menenangkan.

Sekain kedudukannya, keenakan dan kualiti makanan serta servis juga antara faktor yang menjadikan sesebuah kedai atau medan itu popular atau sebaliknya. Namun citarasa setiap pelanggan dan individu adalah berbeza malah teknik sesuatu menu itu dimasak juga berbeza di setiap negeri dan daerah. Senarai 10 tempat makan ikan bakar ini akan memberikan panduan sewajarnya untuk penggemar ikan bakar dan makanan laut.

Tidak dinafikan bahawa masih banyak terdapat tempat makan ikan bakar yang mungkin lebih baik, namun senarai ini sekadar memberikan “outline” dan juga berkongsi maklumat yang mungkin berguna.

 

#1 Medan Selera Ikan Bakar Kuala Perlis

Kuala Perlis, Perlis

Seperti biasa, senarai ini akan dimulakan di utara dengan memilih Medan Selera Ikan Bakar Kuala Perlis sebagai tempat makan ikan bakar terbaik di Perlis. Terletak di tepi laut dengan pemandangan matahari terbenam yang indah dan juga tidak jauh dari jeti ke Langkawi, ia pastinya adalah antara pilihan terbaik untuk bersantai sambil menikmati ikan bakar dan makanan laut.

Tanpa memilih salah satu gerai di sini, adalah lebih adil rasanya menyenaraikan terus keseluruhan medan tersebut kerana pilihan seterusnya terletak di tangan pelanggan. Kualiti di antara gerai ini tidak jauh berbeza samada dari segi rasa mahupun servisnya. Terdapat beberapa gerai yang berbeza seperti Zaina, Mona, Liza Mat dan beberapa nama lagi. Gerai minuman juga berbeza dan pilihannya hamper sama.

Mungkin ada gerai yang lebih baik dalam sesuatu menu tetapi bagi menu yang lain pula, mungkin ada gerai lain yang lebih baik.  Ada gerai yang amat baik ikan bakarnya, ada yang sangat baik sotong gorengnya malah ada yang baik masakan seafoodnya. Jadi kita boleh memilih gerai berdasarkan apa yang kita suka.

 

Medan Selera Ikan Bakar Kuala Perlis

 

Medan Selera Ikan Bakar Kuala Perlis

 

Menu di sini sama seperti tempat makan ikan bakar di lain-lain kawasan. Semestinya ada ikan bakar yang terdiri daripada pelbagai jenis ikan daripada ikan kembung, cencaru shinggalah kepada ikan jenahak, kerapu, pari dan lain-lain. Malah sotong, udang mahupun kerang juga boleh dibakar. Terdapat juga menu masakan seperti ikan tiga rasa, masam manis dan lain-lain. Selain lauk pauk untuk nasi, hidangan seperti mee dan kueyteow juga boleh dipesan.

Dengan harga yang murah dan kualiti servis yang amat baik, kunjungan ke medan ikan bakar Kuala Perlis ini pasti menjadi satu kunjungan yang tidak akan sama sekali mengecewakan.

 

#2 Warung Mak Njang Tanjung Dawai

Tanjung Dawai, Kedah

Jika Perlis dikenali dengan ikan bakar Kuala Perlis, Kedah pula tersohor dengan ikan bakar Tanjung Dawai yang bukan sahaja menjadi kunjungan masyarakat tempatan malah ada pelanggan dari Pulau Pinang yang sanggup ke sana semata-mata menikmati ikan bakar serta makanan laut yang berkualiti pada harga yang amat berpatutan.

Seperti juga kebanyakan medan ikan bakar yang lain, deretan gerai ikan bakar di Tanjung dawai juga terletak berhampiran lautan menghadap matahari terbenam.

Akan tetapi, gerai ikan bakar pilihan di Tanjung Dawai adalah Warung Mak Njang yang merupakan antara pilihan utama kebanyakan pelanggan. Ada yang menikmati hidangan bersama keluarga dengan meja penuh dengan hidangan makanan laut dan ada juga yang berpasangan sekadar menikmati mee udang atau mee ketam malah ada yang minum bersendirian merenung lautan.

 

Warung Mak Njang

 

Warung Mak Njang

 

Warung Mak Njang

 

Warung Mak Njang

 

Antara kelebihan warung Mak Njang ini adalah ikan bakarnya yang dianggap amat baik, walaupun hakikatnya kekuatan sebenar adalah pada air asam pencicahnya yang amat membuka selera. Ikan bakar di sini adalah ala utara dengan ikan dibakar terus di atas bara yang merah menyala dengan hanya di lumurkan garam dan kunyit serta mungkin sedikit perisa.

Oleh itu, aromanya memang amat membuai rasa dan keenakan isi ikan yang basah itu sememangnya amat sedap dicicah dengan air asam yang sedap.

Bukan itu sahaja, masakan tiga rasanya juga amat memukau. Pelanggan biasa di sini mencadangkan siakap tiga rasa yang dikatakan “signature” di sini. Dimakan pula bersama kerabu manga, memang anda akan kembali lai ke sini.

Selain masakan ikannya, mee udang dan juga makanan lain juga amat berbaloi dengan harga yang tidak terlalu mahal. Tidak hairanlah jika ada yang sanggup datang dari jauh untuk makan sambil membeli belah produk laut di Tanjung Dawai walaupun ada diantara produk ini yang datang dari luar.

 

#3 Medan Ikan Bakar Teluk Muruh

Lumut, Perak

Apabila berbicara tentang ikan bakar, pastinya kebanyakan lokasinya berkait dengan laut. Jika tadi kita sudah meninjau kuala dan tanjung, kini senarai ini membawa kita ke Teluk Muroh di Lumut, Perak. Lumut yang terkenal sebagai pengkalan TLDM dan kini dibanjiri pula oleh industry teknologi marin, semestinya menuntut kepada penyediaan makanan yang banyak dan memuaskan.

Dengan kedudukannya di tepi laut, Lumut pasti menawarkan makanan laut yang segar dan terbaik. Medan Ikan bakar Teluk Muruh menawarkan menu ikan bakar yang amat menyelerakan. Ia bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk tempatan ataupun pekerja di sini malah turut menjadi kunjungan pengunjung yang sengaja melancong ke sini.

Malah medan ini turut menjadi pusat perhimpunan ahli keluarga ataupun juga perjumpaan semula sesame rakan sepengajian atau rakan sekerja sambil menikmati keindahan matahari terbenam.

 

Medan Ikan Bakar Teluk Muruh

 

Medan Ikan Bakar Teluk Muruh

 

Ikan bakar di sini di bakar ala utara dengan garam kunyit dan sedikit sambal yang amat menyelerakan. Ikan juga dibakar dengan kepakaran yang tersendiri dan hasilnya amatlah mengagumkan.

Selain ikan bakar, menu lain seperti makanan laut untuk lauk pauk juga pelbagai dan amat berkualiti. Daripada sotong, lala sehinggalah kepada udang yang besar, semuanya boleh dipesan mengikut selera masing-masing. Malahan ikan juga boleh dipesan untuk di masak mengikut menu pilihan anda. Terdapat juga makanan ala carte seperti mee dan sebagainya.

Servisnya boleh dikatakan agak baik, Cuma kadangkala sedikit lambat. Isu terbesar di sini adalah tempat letak kereta dan juga tempat makan yang terhad. Mungkin penyelesaiannya boleh dihasilkan secepat mungkin bagi memastikan kelangsungan medan ini kerana makanannya amat baik.

Jika anda melawat Lumut, Pangkor atau Teluk Batik, singgahlah ke Teluk Muruh untuk menikmati ikan bakar di sini.

 

#4 Ikan Bakar Teluk Tempoyak

Jalan Teluk Tempoyak, 11960 Batu Maung, Penang

Selain nasi kandar yang baik, Pulau Pinang turut mampu menawarkan ikan bakar yang juga terbaik. Manakan tidak, pulau mutiara ini dikelilingi laut yang pastinya membekalkan ikan segar setiap hari. Malah ikan bakar di Pulau Pinang memiliki variasi cara membakarnya.

Ada tempat yang membakar terus diatas bara dengan hanya garam dan kunyit dan ada yang membakar di dalam daun pisang dengan sos tersendiri bergantung kepada tempat asal pemilik gerai tersebut.

Tetapi Ikan Bakar Teluk Tempoyak yang dimiliki oleh anak tempatan menyajikan ikan bakar yang dibakar dengan alas daun pisang dengan sedikit sambal. Ikan yang basah itu kemudian dicicah dengan air asam yang dianggap terbaik di Pulau Pinang. Tidak hairanlah Ikan Bakar Teluk Tempoyak menjadi sebutan di mana-mana sahaja setaraf belacannya.

 

Ikan Bakar Teluk Tempoyak

 

Ikan Bakar Teluk Tempoyak

 

Ikan Bakar Teluk Tempoyak

 

Ikan Bakar Teluk Tempoyak

 

Ikan Bakar Teluk Tempoyak

 

Uniknya di sini, gerai ikan bakar akan membakar apa sahaja makanan laut samada ikan, udang, sotong, ketam dan apa sahaja yang ada pada hari tersebut tetapi tidak akan memasak menu yang lain kerana menu masakan ditawarkan di gerai yang lain pada medan yang sama.

Gerai untuk sotong goreng tepung juga berbeza, begitu juga gerai sayuran / tomyam serta minuman. Malahan gerai minuman sejuk dan panas juga berbeza. Factor ini munngkin juga satu kekurangan kerana pelanggan terpaksa memesan beberapa kali jika mahukan menu yang pelbagai.

Apapun, makanan di sini masih dianggap antara yang terbaik di Pulau Pinang.

 

#5 Juara Ikan Bakar

Kubang Kerian (Jalan Pasir Puteh), 16150 Kubang Kerian, Kelantan

Kelantan sememangnya terkenal sebagai negeri yang mempunyai budaya laut yang amat kuat. Di mata masyarakat luar, kehidupan nelayan serta komuniti pesisir pantailah yang paling banyak menjadi perhatian. Oleh itu, sepatutnya Kelantan adalah antara tempat menikmati hidangan ikan bakar yang paling sesuai.

Juara Ikan Bakar di Kubang Kerian sememangnya menyajikan antara sajian ikan bakar terbaik di Kelantan. Kekuatan menu gerai ini terletak pada kejituan ikan yang dibakar dengan amat enak. Ia di bakar cukup-cukup masak dengan isi ikan yang lembut berjus dan rasanya yang lengkap itu dianggap “marvellous” oleh kebanyakan pelanggan yang seringkali berkunjung ke sini.

Rasa serta kualiti ikan bakarnya adalah tarikan utama pengunjung yang sanggup datang dari jauh. Begitu juga dengan harganya yang boleh dikatakan amat berpatutan malah ada yang menganggap kadar termurah dalam kelasnya.

 

Juara Ikan Bakar

 

Juara Ikan Bakar

 

Juara Ikan Bakar

 

Selain ikan bakarnya, sotong goreng tepung di sini menawarkan keenakan yang amat hebat. Menu gerai ini adalah sama seperti gerai makanan laut yang lain cuma rasa dan tekniknya yang mungkin berbeza. Tetapi kualiti menu yang lain seperti ikan masak tiga rasa, masak lada dan sebagainya kurang diperkatakan.

Mungkin kerana sememangnya rasa yang biasa atau mungkin juga tenggelam dengan kehebatan ikan bakarnya. Anda boleh mencuba sendiri hakikatnya.

Namun begitu, ada pelanggan yang menegur kualiti servisnya yang dianggap kurang memuaskan berbanding kualiti makanannya. Mungkin pihak pengurusan boleh melakukan sesuatu untuk mengelakkan masalah ini menjadi impak yang besar kepada perniagaan mereka.

 

#6 Zul Ikan Bakar

Kuala Besut, Terengganu

Makanan laut yang paling popular di Terengganu adalah ICT. Pengunjung dari luar gemar bergurau untuk mencari ICT di Terengganu dan bukannya di Shah Alam. ICT yang dimaksudkan adalah ikan celup tepung yang menjadi menu ‘killer’ di Terengganu.

Sungguhpun demikian, Terengganu turut menawarkan pilihan ikan bakar yang amat sedap kerana negeri ini juga merupakan negeri berbudaya laut yang memiliki khazanah laut yang segar.

Zul Ikan Bakar, Kuala Besut merupakan antara penyaji ikan bakar yang terbaik di Terengganu walaupun menerima saingan sengit daripada beratus-ratus lagi gerai ikan bakar di seluruh negeri Terengganu. Ikan bakar Terengganu terkenal dengan rempah ratus yang diserasikan dengan ikan semasa proses membakar  di dalam daun pisang ataupun ‘aluminium foil’.

Aroma rempah ratusnya yang menyerap ke dalam isi ikan menerbitkan selera yang amat tinggi malah deria rasa juga tidak dibohongi kerana rasanya juga amat berperisa dan menyengat. Rasa manis ikan masih ada dan kesegarannya amat jelas. Ikan bakar di sini memberikan pengalaman menikmati ikan bakar Terengganu yang amat sedap.

 

Zul Ikan Bakar

 

Zul Ikan Bakar

 

Zul Ikan Bakar

 

Zul Ikan Bakar

 

Selain itu, gerai ini turut menawarkan menu lain yang biasa didapati di restoran makanan laut termasuk sotong celup tepung yang juga tidak mengecewakan malah menu popular seperti ICT turut ditawarkan.

Servisnya agak baik dengan harga yang berpatutan mungkin boleh menjadikan Zul Ikan Bakar sebagai antara destinasi makan malam pilihan penduduk setempat mahupun pengunjung dari luar kerana Kuala Besut ini adalah pintu masuk ke Pulau Perhentian.

 

#7 Ana Ikan Bakar Petai

Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

Ikan bakar petai mungkin suatu menu yang asing bagi sesetengah orang tetapi pastinya tidak bagi mereka yang pernah ke Tanjung Lumpur, Pahang kerana menu ini adalah salah satu tarikan utama di sini. Walaupun kini, menu ini semakin menular ke tempat lain, namun kehebatan ikan bakar petai Tanjung Lumpur masih bertaraf lagenda.

Keunikan ikan yang dibakar bersama sambal petai ini menarik kunjungan pelanggan dari seluruh pelusuk negara untuk menikmatinya. Tidak hairanlah sekiranya tempat ini sentiasa sesak dengan pelanggan dan anda mungkin tersangkut di dalam khalayak yang ramai sekiranya sedikit terlewat. Kehadiran di sini dianggap oleh seorang pelanggan sebagai ‘super crowded’.

 

Ana Ikan Bakar Petai

 

Ana Ikan Bakar Petai

 

Ana Ikan Bakar Petai

 

Ana Ikan Bakar Petai

 

Ana Ikan Bakar Petai

 

Walaubagaimanapun, keenakan ikan bakar petai, sotong bakar petai dan sambal tumis udang dengan petainya amatlah menyelerakan. Bayangkan dengan rasa kemanisan ikan yang dibumbui dengan kepedasan serta lemak sambal petai sambil aroma yang amat-amat membuka selera.

Selain daripada ikan bakar petai, masih terdapat banyak menu makanan laut untuk dicuba dan amat tidak mengecewakan. Malah sotong gorengnya boleh dianggap antara yang terbaik dan cukup rangup serta perisanya.

Oleh kerana kunjungan pelanggan yang terlalu ramai, anda pastinya tidak boleh menjangkakan servis yang terlalu cepat. Akan tetapi pekerja di sini dilihat telah berusaha untuk memberikan yang terbaik bagi mengelakkan anda terpaksa menanti terlalu lama.

Harganya berpatutan. Tidak terlalu mahal dan tidak pula terlalu murah bergantung kepada penilaian anda sendiri. Apapun Ana Ikan Bakar Petai amatlah berbaloi untuk dikunjungi.

 

#8 Medan Ikan Bakar Sabak Awor

Jalan Cahaya (Taman Bakariah Indah), 84000 Muar, Johor

Muar, Johor amat terkenal dengan mee rebusnya yang amat masyhur di seluruh negara. Muar juga menawarkan sajian satay seawall pagi untuk dinikmati. Ini membuktikan Muar adalah pusat makanan yang terbaik kerana segalanya disajikan tanpa bertolak ansur dengan bahan dan rasanya.

Bersandarkan kepada hakikat itu, sajian ikan bakar di Muar ini tidak boleh dipandang sepi. Medan Ikan Bakar Sabak Awor amat terkenal sebagai pusat makanan laut terbaik di utara Johor malah tidak berdosa jika dianggap yang terbaik di Johor.

Ikan bakar di sini dibakar ala Johor dan juga pantai timur di mana ikan yang segar itu di bakar di dalam daun pisang dan bersalut sambal yang diadun daripada rempah ratus terpilih. Sambal ini pula adalah resipi yang unik dan buatan sendiri. Oleh itu, hampir mustahil anda akan dapat merasainya di tempat lain.

Bagi yang menggemari rasa sambal ini, anda pasti akan kembali di lain masa semata-mata menikmatinya. Begitu juga dengan menu makanan laut yang lain. Semuanya menggunakan resipi yang unik dan tersendiri.

 

Medan Ikan Bakar Sabak Awor

 

Medan Ikan Bakar Sabak Awor

 

Medan Ikan Bakar Sabak Awor

 

Berada di Johor bererti anda tidak boleh meninggalkan ‘home of JDT’ ini tanpa menikmati otak-otak Johor yang asli dan anda tidak akan merasa rugi membayar harganya kerana rasanya amat berbaloi-baloi dengan perisa herba dan isi ikan yang amat sedap. Kupang juga merupakan menu asasi masyarakat Johor yang perlu anda cuba. Jika di medan ini, kupang bakar pedas adalah terbaik kerana kepedasan dan kemanisan kupang itu tidak akan hilang dari minda anda dengan mudah.

Lokasinya juga sesuai untuk bersantai sesama keluarga dan juga rakan-rakan. Servisnya agak baik dengan harga yang bolehlah dikatakan berbaloi dengan keenakan sajiannya.

 

#9 Medan Ikan Bakar Muara Sg. Duyung

KM4-5, Jalan Padang Temu, 75460 Permatang Pasir, Melaka

Sejak kita di bangku sekolah, pastinya Melaka sering dikaitkan dengan ikan bakar terbaik samada di Serkam ataupun Umbai. Malah sehingga kini, legasi ikan bakar Melaka terus utuh dengan sajian yang berkualiti walaupun ada yang mengakui penurunan kualitinya jika dibandingkan dengan era kemuncaknya.

Namun senarai ini sengaja memiih Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung untuk lari daripada kelaziman. Akan tetapi pilihan ini berasas kerana ada khalayak yang menganggap medan ini kini menyajikan makanan laut yang terbaik di Melaka secara perbandingan dengan harga dan juga servisnya.

Medan ini sebenarnya terkenal dengan hidangan makanan laut secara amnya dan tidak hanya bergantung atas ikan bakar kerana menu makanan laut ala Thai mahupun Cina di sini amat baik dan menyelerakan. Sotong goreng, lala serta ketam yang dimasak mengikut pilihan anda samada masak pedas, halia mahupun blackpepper tidak akan sama sekali membosankan anda.

Malahan ‘butter prawn’ di sini mugkin lebih sedap dan segar berbanding hidangan di restoran Cina sendiri.

 


Medan Ikan Bakar Sg Duyung

 

Medan Ikan Bakar Sg Duyung

 

Medan Ikan Bakar Sg Duyung

 

Medan Ikan Bakar Sg Duyung

 

Medan Ikan Bakar Sg Duyung

 

Tetapi atas kapasiti senarai ikan bakar dan juga nama medan ikan bakar, adalah tidak adil untuk kita tidak berbicara tentang ikan bakarnya. Ikan bakar yang dibakar kosong ini amat menyelerakan dicicah dengan sambal kicapnya atau air asam yang mengiurkan. Ikan juga dibakar pada bara api yang terkawal serta pada masa yang amat baik menghasilkan isi ikan yang masih basah dengan rasa kemanisan ikan yang masih terasa.

Seperti juga di Umbai, medan ini turut menyajikan nasi lemak untuk dimakan bersama ikan bakar. Budaya ini telah lama bertapak dan tidak terdapat di utara mahupun Timur. Namun bagi yang menjaga kesihatan (?) atau tidak sukakan nasi lemak, masih boleh memesan nasi putih untuk dinikmati.

 

 #10 Aroma Ikan Bakar

Pantai Jeram, Kuala Selangor

Penutup senarai tempat makan ikan bakar terbaik ini membawa kita ke Kuala Selangor untuk menikmati Aroma Ikan Bakar. Melihat pada namanya, kita sebenarnya tidak ditipu kerana aroma ikan yang dibakar serta tumisan masakan makanan laut di sini amat-amat memikat selera dan dengan mudah memerangkap kita untuk makan semahu-mahunya.

Terletak di tepi pantai Jeram, suasana di sini amatlah mengagumkan malah terdapat piihan untuk memilih tempat duduk yang selesa dan sesuai dengan tujuan dan kapasiti masing-masing. Terdapat pondok-pondok buluh untuk bersantai sambil makan bersila dan sebagainya.

Walaupun ada caj tambahan, namun pelanggan masih berebut-rebut untuk mengisinya kerana ia lebih hamper ke pantai dan mampu memangkinkan selera.

 

Aroma Ikan Bakar

 

Aroma Ikan Bakar

 

Aroma Ikan Bakar

 

Aroma Ikan Bakar

 

Kelebihan di sini bukan hanya pada lokasi serta ‘appearance’nya, tetapi juga pada makanannya yang amat sedap dan berkualiti. Daripada ikan kembung sehinggalah kepada ikan yang lebih besar serta juga ikan yang jarang ditemui, semuanya akan dibakar dengan sempurna dan dibumbui dengan sambal yang sedap.

Semua jenis ikan dipamirkan harganya ketika kita membuat pilihan dan kita tidak akan terpedaya. Kualiti ikan bakarnya amat hebat dan ‘well-cooked’. Tidak terlebih bakar atau mentah, pastinya isi ikan yang kita nikmati amat menyedapkan.

Seperti juga gerai yang lain, menu lain makanan laut juga ditawarkan pada harga yang berbaloi. Rasanya juga baik serta tidak mengecewakan. Malah ada pepahat yang dihidangkan dalam pakej paket. Semuanya bergantung kepada pilihan masing-masing.

Servis di sini amat baik termasuklah minuman yang dihidangkan dengan cepat dan betul. Anda tidak perlu bimbang untuk datang ke sini pada waktu senja kerana kemudahan surau juga disediakan untuk memudahkan pelanggan mengerjakan ibadat tanpa perlu melanggar waktu.

Jadi, mungkin inilah tempat makan ikan bakar yang sesuai untuk berhimpun sesame keluarga dan rakan-rakan.

 

……………………………………………………………………………………………………….

 

Sesiapa sahaja berhak untuk mempertikaikan senarai ini kerana pastinya citarasa yang berbeza akan memberikan hasil yang berbeza. Ditambah pula dengan medan dan tempat makan ikan bakar yang bertaburan di negara kita, pastinya pilihan amat luas dan ini pastinya menguntungkan pengguna untuk membuat pilihan terbaik.

Mungkin anda mempunyai pilihan gerai ikan bakar anda sendiri tetapi senarai ini sekadar memberikan cadangan tempat makan ikan bakar yang berbaloi untuk di cuba. Jika anda ada kelapangan dan bajet, tidak rugi untuk mengunjungi mana-mana tempat dalam senarai ini.Akhir sekali, jangan lupa untuk share atau like artikel ini jika anda suka.

Kredit gambar: Foursquare

 

Artikel Menarik Lain

Pendapat Anda?

One Response

  1. Sharkir Bin Kelid

Add Comment