Post kali ini akan bercerita tentang sebuah tempat makan di Melaka yang patut anda tahu. Tempat makan ikan bakar di Melaka patut anda pergi dan cuba jika anda sememangnya pengemar makanan laut.

Sebelum kami bercerita panjang tentang Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung Melaka, terdapat beberapa tempat medan ikan bakar yang sememangnya terkenal di Melaka. Antaranya Ikan Bakar Pernu Umbai Merlimau Melaka, Medan Ikan Bakar Alai Crystal Bay dan Medan Ikan Bakar Melaka Serkam.

Tetapi artikel ini akan bercerita tentang Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung Melaka.

Ada Apa Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung?

Medan Ikan Bakar Muara Sg. Duyung
Medan Ikan Bakar Muara Sg. Duyung

 

Walaubagaimanapun, sebenarnya tempat ini tidak perlu diperkenalkan kepada penggemar ikan bakar secara besar-besaran kerana sememangnya tempat ini sudahpun terkenal sejak dahulu lagi . Sebut sahaja Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyong, ramai sudah dapat bayangkan kesedapan ikan bakarnya yang menjadi topik orang ramai.

 

Lokasi Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung

Tidak sukar sebenarnya untuk mencari tempat makan ini. Yang penting anda tahu di mananya letaknya Sungai Duyung. Jadi dari situ anda boleh menuju ke muaranya.

Lokasi medan ini terletak betul-betul di muara Sungai Duyung. Kedai makan ini sememngany terkenal dan dikatakan terbaik dan tersohor di Melaka. Tetapi jika anda ingin menggunakan GPS, maka ini pula alamatnya yang terletak di KM4-5, Jalan Padang Temu, 75460 Permatang Pasir, Melaka.

Untuk sampai ke sana, di sini kami kongsikan koordinat GPS: Lat/Lng 2.174706,102.28884 . Ikan Bakar Muara Sg Duyung dibuka setiap hari dari 5 petang sampai 12 malam.

 

Pelbagai Menu Seafood

Memang boleh jadi rambang mata apabila berada di sini. Terdapat aneka menu seafood anda boleh pilih di sini. Antaranya seperti ikan siakap, ikan jenahak, kupang, sotong dan kepah. Sudah semestinya menu kesukaan kami adalah ikan jenahak bakar dan sotong.Sotong goreng tepungnya dan juga udang masak mentega pasti mengliurkan tekak anda.

Untuk peminat siput, pelbagai jenis siput anda boleh jumpa di sini. Jangan terkejut jika ada yang anda tidak pernah lihat. Jadi, pada masa inilah untuk mencubanya. Boleh sahaja masak masakan yang menjadi selera anda. Kepah,pahat, siput sudu semuanya ada.

Satu sahaja kurang menarik di sini. Anda perlu beratur sebanyak dua kali. Pertama adalah untuk mendapatkan meja. Kedua pula adalah untuk memesan ikan bakar. Boleh jadi penat jika beraturnya panjang. Tetapi kami percaya, nikmat apabila mendapat ikan bakar yang telah dipesan itu lebih jauh menarik dan mengubati kesabaran ketika beratur.

 

Kesegaran Ikan Bakar

Bagaimana pula dengan kesegaran makanan laut di sini? Sudah semestinya bila bercakap tentang ikan bakar, anda tentu mahu sesuatu yang segar. Kalau tidak segar, boleh jadi gatal kulit jawabnya.

Di sini ikan dan menu lautnya segar. Mungkin kerana lokasi kedai ini yang terletak berdekatan dengan jeti. Jadi sudah semestinya stok ikan segar sentiasa sahaja ada dan tidak putus-putus InsyaAllah.

 

Harga Dan Servis Bagaimana?

Ini pula sesuatu yang subjektif. Tetapi ramai mengatakan bahawa harga berpatutan dengan masakan dan ikan yang diterima. Sebab itulah mungkin tempat ini semakin dikenali ramai. Servis juga dikatakan cepat walaupun terpaksa beratur sebanyak 2 kali. Jadi tidak perlulah anda menunggu terlalu lama.

Dikatakan juga tempat makan di sini lebih selesa dan bersih. Jadi, anda tidak perlu risau tentang kebersihannya.

 

Kesimpulan

Jika anda mencari tempat untuk makan ikan bakar di Melaka, inilah tempatnya.  Oh, bagaimana pula pengalaman anda apabila makan di sini?Jangan lupa share dan komen di bawah ini ya!

 

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.