HR Steak Kampung Baru- Antara Steak Termurah

Masalah sebegini selalu berlaku kepada mereka yang suka mencari dan mencuba makanan yang sedap dan lazat seperti kami.Hehe.

Persoalannya, di mana nak mencari dan mencuba makanan yang sedap dan tempat makan yang wajib pergi? Kai suka mencari makanan yang sedap di area Segitiga Emas dan tempat sekitar Selangor. Memang banyak sebenarnya. Tidak larat tertulis.

Di bawah ini adalah senarai-senarai tempat atau restoran yan disenaraikan untuk dikongsi bersama dengan pembaca yang mungkin berada di sekitar kawasan Segitiga Emas ni.

 

HR Steak House, Kampung Baru

56, Jalan Muda Musa, Kampung Baru

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur 50300

Rasanya, saya tidak perlu lagi memperkenalakan tempat ni kepada anda. Mesti ada diantara anda semua ada yang dah tahu. Di sini iaitu Kampung Baru, boleh diumpamakan seperti syurga makanan. Banyak kedai makan yang ada disini, bermula dari pintu gerbang hingga ke tepi Masjid Kampung Baru.

Jadi, kedai makan memang dah banyak tapi, yang mana bagus dan sedap?

HR Steak House menyediakan menu dan hidangan ala-ala barat (western). Restoran ini sesuai kepada semua yang ingin mencuba atau menggemari makanan ala-ala barat ini.

Lokasi restoran ini adalah sebaris dengan Masjid Kg Baru. Restoran ini menggunakan background yang gelap tanpa menggunakan banyak kesan cahaya (Gaya Romantik). Harganya agak murah dan berpatutan.

hr-steak-house-2

Memang sentiasa ramai di malam hari

 

hr-steak-house

Chicken Chop Rm8.50 setengah je? Mana hendak dapat?

 

hr-steak-house-3

Memang menyelerakan

Tidak salah rasanya kalau kami katakan di sinilah anda boleh mencuba dan makan chicken chop yang paling murah di Kuala Lumpur. Tunggu apa lagi, marilah kita cubanya sekarang!

Apa yang kurang best?

Kalau anda pergi baca review dan tips di Foursquare, ramai diantara mereka kata HR steak House ini patut memperbaiki servisnya. Iaitu perlu mempercepatkan masa servis. Waiter pun kena rajin senyum. Itu review sekitar 2012. Mungkin kini semakin manrap. Selain daripada itu, semuanya adalah superb! 🙂

Pendapat Anda?

Penaja

6 Comments

  1. ahmad
    • wan
      • Eye's Steak on the alley
    • Eye's Steak
  2. irah
  3. Ajinamoto

Add Comment