Siapa di sini peminat Char Kuey Teow? Mesti pernah makan bukan?

Char Kuey Teow bolehlah dikatakan makanan yang wajib dicuba jika di Penang.Ianya sememangnya berasal daripada Penang dan kini sudah pun merebak meluas di KL dan merata tempat.

Artikel kali ini kami ingin kongsikan 5 tempat makan Char Kuey Teow Di Penang yang mendapat pujian ramai. Kredit imej kepada Foursquare untuk gambar-gambar di bawah.

#1 Sany Char Koay Teow

10, Jalan Sultan Azlan Shah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia

Sany Char Koay Teow

Sany Char Koay Teow tidak perlu diperkenalkan lagi jika anda orang Penang. Boleh dikatakan antara kedai char koey teow yang mempunyai cawangan yang banyak di Pulau Pinang.

Untuk cawangan ini, ianya terletak berdekatan dengan Tokong Ular. Jadi tidak sukar sebenarnya untuk dicari.Berdekatan juga dengan tapak pesta Pulau Pinang yang biasanya dibuat pada setiap hujug tahun.

#2 Char Kuey Teow Al-Karia

52, Jalan Bunga Raya, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia

Char Kuey Teow Al-Karia

Kalau anda berada di Bukit Mertajam, kedai ini wajib anda cuba.Ini bolehlah dikatakan kedai legend untuk kami. Telah berapa lama juga ianya bertapak di sini. Ianya bermula dengan kecil tetapi akhirnya mempunyai beebrapa tukang masak.

Boleh katakan char kuey teownya adalah yang terbaik untuk dari segi kategori char kuey teow kebasahan. Memang sedap.

#3 Wadie Char Koey Teow

483-485, Jalan Permatang Rawa, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Wadie Char Koey Teow

Kedai ini dipuji kerana servis yang tebaik. Selain itu, ‘gravy’nya juga nampak menyelerakan. Tengok gambar sudah cukup mengliurkan. Antara kategori char kuey teow basahan yang dipuji.

#4 Adam Char Koey Teow  

No. P1, Jalan Permatang Pauh 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang

Adam Char Koey Teow

Kedai char kuey teow ini pula terletak di bahagian Permatang Pauh. Kedai ini pula dipuji dari sudut kesedapan dan harga.

#5 Arif Char Koay Teow

Kampung Palet (Jalan Kepala Batas, Mukim 20) 14400 Kubang Semang, Pulau Pinang

Arif Char Koay Teow

Yang berada di kawasan Penanti, ataupun belah Bukit Mertajam, kedai inijuga anda boleh terjah selain kedai Wadiey Char Koey Teow.

#6 Matary Alma Char Koay Teow

2896-2900, Jalan Rozhan, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia

Matary Alma CharKoey Teow

Jangan terkejut dengan suasana kedai ini.Ianya tidak mempunyai kedai terletak di tepi jalan sahaja.

#7 Sungai Dua Char Koay Teow (Telur Ayam Di Basuh)

972, Jalan Sungai Dua, 13800 Butterworth, Pulau Pinang, Malaysia

Sungai Dua Char Koay Teow

Untuk mereka yang berada di Butetrworth, jika teringikan keenakkan masakan char Koay teow, bolehlah terjah kedai di sini.

Kesimpulan

Yang mana satu menjadi kesukaan anda? Apa pendapat anda tentang kedai yang telah dikongsi? Atau anda mempunyai cadangan lain? Jangan segan untuk berkongsi dengan kami.

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.