Bubur Nasi Istimewa Memang Terangkat!

Sekitar beberapa bulan sudah, kami berpeluang ke Johor Bahru. Sebenarnya tujuan adalah untuk masuk ke Legoland di Nusajaya. Kami telah membeli pakej daripada Groupon.my beserta penginapa di Grand Season Hotel di Taman Sentosa.

Apa reaksi bila sampai ke sini? Kami rasakan penuh dengan masyarakat Cina di sekitar kawasan ini. Tercari juga kedai yang ada di situ, tetapi apa yang dijumpai adalah kebanyakkan kedai makanan Cina. Kami bertanya kepada pekerja hotel mengenai tempat makan menarik.

 

Ada bang, tidak jauh daripada sini, iaitu 5 minit sahaja berjalan. Bubur Nasi Istimewa. Memang terbaik dan menarik. Memang ramai yang datang ke sana.

 

Betulke? Kami pun apa lagi. Terus terjah ke sana. Memang ramai orang.

 

Bubur Nasi Istimewa No 1

 

 

bubur-nasi-istimewa-2

Warung kecil sahaja

 

bubur-nasi-istimewa-4

Sibuk sediakan sajian

Apa yang menarik di sini?

  • Pelbagai deretan kedai makan/warung. Sebut sahaja apa yang dihajatkan. Ada sahaja contohnya seperti kerang bakar, masakan panas dan lain-lain
  • Panjangnya sepanjang jalan. Kira-kira 100 meter jugalah panjangnya, dipenuhi meja dan kerusi di pinggir jalan.
  • Meriah dengan penjual salaing berkomunikasi memberi info makanan yang dipesan
  • Harga juga murah

 

Apa yang istimewanya bubur ini?

  • Sebelum ini kami tidak pernah makan bubur di kedai/warung. Nyata persembahan makanan memang menarik
  • Didatangi dengan ikan bilis, sambal, telur masin, dan sayur kangkung
  • Jujur kami cakap, lauknya banyak. Tidak terhabis.
  • Bila kami makan dengan bubur, terutamanya dengan telur masin, memang terbaiklah!
bubur-nasi-istimewa

Penuh dulang pengangkat

 

bubur-nasi-istimewa-1

1 set bubur nasi

Review keseluruhan

Kesedapan? Kami beri 8/10

Suasana? Meriah dan sentiasa penuh terutamanya waktu malam

Harga? Murah. Mana mahu dapat lagi harga seperti ini di Johor Bahru

 

Wajib cuba kalau ke Johor Bahru

 

 

Pendapat Anda?

Penaja

2 Comments

  1. mat

Add Comment