Best : Tempat Makan Sedap di Kuching

Kalu dahulu tidak pernah termimpi untuk ke Kuching, Sarawak atau negeri di bawah bayu iaitu Sabah. Kerana perjalanan ke sana bukan murah. Tetapi tidak sekarang. Dengana adanya Air Asia dan juga Malindo, semua ini memudahkan lagi untuk berjalan-jalan. Harga tiket pun tidak mahal. Kurang daripada RM100 kalau membelinya awal.

Artikel kali ini kami ingin kongsikan tempat makan yang boleh dilawati dan dicuba jika anda pergi ke Kuching. Kuching ada tarikannya. Ini adalah beberapa cadangan tempat makan sedap di Kuching untuk anda cuba. Awas, jangan;ah sibuk makan sahaja, pergilah juga melawat tempat menarik yang ada di sana.

 

Rojak Kucei

Batu Lintang Hawker Centre (Jalan Batu Lintang), Kuching, Sarawak 93300

  • sesuai untuk sesiapa yang ingin bersarapan dan makan awal tengah hari
  • rojak ayamnya adalah menu wajib dicuba
  • teh 3 layer juga ada dijual di sini
  • dikatakan menjual rojak ayam yang tersedap di Kuching

 

rojak-kucei

Papan tanda senang baca

 

rojak-kucei-1

Jangan meleleh!

 

rojak-kucei-2

Rojak ayam

 

 

Dyg Salhah’s Kek Lapis Sarawak

No 40, Kpg Gersik, Kuching, Sarawak 93050

Pergi ke Sarawak memang tidak sah kalau tidak membeli kek lapisnya. Kedai ini antara kek lapis yang dicadang ramai untuk membelinya. Terdapat pelbagai jenis corak dan jenis kek lapis yang dijual di sini. Harganya pun murah sangat. Jangan risau, adanya sample untuk dicuba. Tetapi jangan tidak beli pula selepas makan 10 sample. 😛

Apa yang patut dicuba?

  • Dragon Cheese
  • Cadbury Cheese
  • kek lapis India

 

kek-lapis-sarawak

Kalau nampak ini, betullah tu

 

kek-lapis-sarawak-1

Rasa nak cuba semua sahaja

 

kek-lapis-sarawak-2

Tidak mahalpun kek lapis India

 

 

Swee Kang Ais Kacang

Ground Floor, Lot 176, Jln Hj Taha (Lot 176, Ground Floor), Kuching, Sarawak 93400

Kalau peminat ais kacang, kedai ini antara ais kacang anda perlu cuba di Kuching. Ambillah white lady. Memang cadangan ramai. Kedai ini tutup pada hari Isnin. Waktu operasi adalah 11.45 pagi-6.30petang.

 

swee-kang-ais-kacang

Warna memukau!

 

swee-kang-ais-kacang-1

Patut cuba

 

swee-kang-ais-kacang-2

Rojak yang kick

 

swee-kang-ais-kacang-3

Waktu operasi

 

Cukup 3 cadangan untuk anda lawati dan cuba di Kuching. InsyaAllah kami akan kongsikan lebih banyak lagi apa yang ada di Kuching di entri akan datang.

Pendapat Anda?

Penaja

One Response

  1. Wan

Add Comment