Syurga Sarapan Pagi Astaka Taman Tun Sardon

Jika anda ingin bersarapan di Penang, tempat ini sangat disyorkan.Boleh dikatkan adalah syurga sarapan untuk penduduk di sini. Pelbagai menu boleh anda cari di sini. Cakap sahaja apa yang anda hajati.

Alamatnya pula adalah terletak di Loronng Permai 1, 11700 Gelugor. Penunjuk besar pula adalah pasar Taman Tun sardon atau Balai Rakyat Gelugor.

Tips Makan Di Astaka Taman Tun Sardon

Apa yang disyorkan kami di sini adalah ‘Serabai’. Makanan sarapan yang unik di astaka ini. Serabai? Tidak pernah dengar, ini lagilah menyebabkan anda wajib mencubanya apabila berkinjung ke sini.

Untuk peminat roti canai, anda boleh juga mencuba roti canai di sini. Tidak mengecewakan dan sedap. Kami sangat menyuainya. Antara menu yang boleh dicuba jika berada di sini. Kuah banjir dan karinya memang menarik dan memuaskan hati kami.

Kepada yang ingin mencuba nasi lemuni, Astaka Taman Tun Sardon juga menyediakannya.Nasi lemuni adalah nasiyang berlemak yang biasanya dimasak dengan lemuni. Ramai tidak tahu tetapi ianya antara masakan yang disukai kami. Sesuai dimakan dengan masakan yang bersambal. Senang cerita, seperti makan nasi lemak.

 

Nasi Lemuni Astaka Taman Tun Sardon

Serabai Astaka Taman Tun Sardon

 

Waktu Operasi

Tiada waktu operasi yang tetap. Tetapi secara kesimpulannya ianya bermula pada awal pagi sehinggalah ke tengah hari. Anda boleh datang ke sini seawal pukul 7 pagi. InsyaAllah sehala kedai telah bersedia untuk menjamu anda.

 

Imej:Foursquare

Pendapat Anda?

Penaja

Add Comment