Disini kami kongsikan tempat makan asam pedas Melaka yang famous di Melaka. Seperti yang diketahui, Melaka bukan sahaja dikenali sebagai Bandaraya Bersejarah yang menempatkan banyak lokasi pelancongan, malah ia turut menjadi lokasi makanan seperti ikan bakar.

asam pedas melaka

Imej via Foursquare

Selain itu, ada satu lagi menu yang dikenali di Melaka iaitu asam pedas.Orang kata, tidak lengkap percutian di Melaka jika tidak makan asam pedas di sini.

Asam pedas bukanlah masakan asing di Malaysia. Cili dan air asam adalah bahan utama. Namun, lain tempat lainlah caranya walaupun asasnya serupa. Pengalaman berkunjung ke Melaka pasti tidak lengkap tanpa mencuba asam pedas dari air tangan orang Melaka.

Oleh itu, di sini disenaraikan beberapa lokasi penting asam pedas di Melaka untuk mengisi perut yang lapar setelah berjam-jam mengunjungi tempat-tempat menarik di sana.

Senarai Lengkap 6 Tempat Makan Asam Pedas Melaka Sedap

#1 Asam Pedas Claypot

Asam Pedas Claypot (Restoran Kota Laksamana) terletak di Jalan Laksamana 1 (Taman Kota Laksamana), 75000 Melaka. Sepertimana namanya, asam pedas claypot dihidangkan di dalam claypot, sesuatu yang jarang ditemui di restoran yang menyediakan hidangan asam pedas.

Asam Pedas Claypot

Apabila menyebut ‘asam pedas’ pasti akan terbayang jenis-jenis ikan yang sering dijadikan bahan utama masakan tersebut. Tapi, pernahkah anda makan asam pedas tetel? Ya, asam pedas tetel atau bahagian daging lembut bercampur urat dan lemak ini ada dihidangkan di Asam Pedas Claypot selain daripada ikan-ikan yang biasa digunakan dalam masakan asam pedas.

Pada pendapat penulis, tidak rugi untuk mencuba asam pedas tetel ini. Asam Pedas Claypot juga menyediakan set nasi bersama-sama sayur dan telur masin.

Kerana kelazatan asam pedas mereka, Asam Pedas Claypot seringkali menerima pengunjung dalam jumlah yang ramai sehingga memenuhi jumlah meja yang banyak yang telah mereka sediakan.

Kesesakan amat dirasai pada hari minggu. Asam Pedas Claypot dibuka pada waktu petang iaitu jam 5 sehingga 5 pagi.

#2 Asam Pedas Pasar Borong

Asam Pedas Pasar Borong

Asam Pedas Pasar Borong memang terletak di pasar borong di Taman Merdeka. Ia dibuka pada waktu malam sehingga waktu pagi. Ada beberapa kedai menjual asam pedas di sini dan masing-masing menerima komen positif daripada pelanggan.

#3 Asam Pedas Malinja

Ia bermula dengan perniagaan kecil yang hanya menggunakan kereta tolak. Lokasinya sering berubah pada waktu itu sehingga akhirnya kekal di hadapan bukit Hotel Straits Meredian. Selepas 13 tahun, ia diberikan tapak untuk berpindah ke tempat lain.

Asam Pedas Malinja

Kini setelah hampir 20 tahun, Asam Pedas Malinja masih gah beroperasi sebagai salah sebuah lokasi asam pedas terkemuka di Melaka. Ia terletak di Kampung Musai, Bukit Baru, bersebelahan dengan Hotel Strait Meridian. Asam pedas tetelnya adalah hidangan yang sering menjadi buah mulut pengunjung.

Selain asam pedas, ia juga turut meletakkan roti terbang atau roti canai dalam menu mereka.

#4 Asam Pedas Pak Man

Kalau mahu melihat reputasi sesebuah kedai makan, penulis melihat juga kalau-kalau kru Jalan-Jalan Cari Makan pernah berkunjung ke tempat tersebut selain daripada saranan dan pujian daripada ramai orang.

Asam Pedas Pak Man
Asam Pedas Pak Man

Asam Pedas Pak Man yang terletak di Kampung Ujong Pasir ini mempunyai kriteria yang disebutkan di atas. Maka, penulis tidak teragak-agak memasukkan Asam Pedas Pak Man ini di dalam senarai lokasi Asam Pedas pilihan di Melaka.

Ada pelanggan tak mensia-siakan peluang berkunjung sekali-sekala dengan mencuba semua jenis ikan yang mereka sediakan. Bolehlah tambah ulam-ulaman dan telur dadar untuk melengkapkan lagi rasa masakan Melayu.

Untuk sebarang tempahan, bolehlah menghubungi pengurusnya iaitu Pak Man sendiri di 016-6700 889.

#5 Kedai Asam Pedas Hajah Rahmah

Satu lagi lokasi asam pedas di Melaka adalah di Bukit Katil. Penulis belum pernah berkunjung di sini. Tetapi, menurut para blogger yang pernah berkunjung di sini dan peminat tegar Asam pedas Hjh. Rahmah, jika anda mahu ke sana, sila ambil simpang kiri di lampu isyarat Hospital Pantai.

Asam Pedas Hajah Rahmah
Asam Pedas Hajah Rahmah

Pada lampu isyarat seterusnya, setelah anda melihat JPJ, belok ke kanan dan teruskan perjalanan sehingga ternampak kedai ini di sebelah kanan anda.

Pelbagai lauk-pauk Melayu dihidangkan di sini yang pastinya akan menjadi memori indah kepada anda.

#6 Asam Pedas Selera Kampung

Asam Pedas Selera Kampung pernah muncul di dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan dan Warung Kita. Pada harga RM6 sepinggan, pelanggan boleh merasai asam pedas Melaka yang setanding asam pedas terkemuka yang lain di Melaka.

Asam Pedas Selera Kampung

Selain asam pedas, terdapat juga masakan lain seperti ayam masak kicap, ayam kampung dan pelbagai lagi aluk-pauk. Alamat Restoran Asam Pedas Selera Kampung adalah di G2, Jalan P.M.3 Plaza Mahkota Square, 75000 Bandar Hilir, Melaka.

Ada beberapa lokasi lain untuk asam pedas di Melaka yang tidak disenaraikan di sini. Namun, masih sesuai untuk dinyatakan di sini setelah merujuk kepada pandangan ramai pengunjung.

Oleh itu, anda juga boleh mengunjungi Hajjah Mona Asam Pedas di Kota Laksamana (Jalan Laksamana 2, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka) dan Asam Pedas Power Abg Piee yang terletak di Jalan Puteri Hang Li Poh, 75100 Bandar Melaka, Melaka. Selamat Menjamu Selera!

 

Kesimpulan

Semoga anda menyukai tempat makan asam pedas melaka yang telah kami kongsikan. Jangan lupa untuk tinggalkan komen anda di bawah untuk kedai makan yang telah diterjah.

Imej via Foursquare

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.