, ,

Tempat Makan Best Di Ampang

Restoran Pegaga

Kami senaraikan tempat makan best di Ampang yang boleh anda pergi. Ini merupakan senarai lengkap tempat makan menarik di sana.Banyak tempat makan di sini anda boleh cuba.

 

Restoran Pegaga

Jalan Ulu Klang, Ukay Heights, 54200 Ampang, Selangor

Restoran Pegaga
Imej via Foursquare

Apa yang menarik di sini adalah menu seperti makanan salai. Daging salai adalah menu wajib dicuba. Menu banana gamelan dan bubur pulut hitam boleh dijadikan ‘dessert’ anda selepas makan.

Selain itu, air teh ais limau juga mendapat pujian ramai.Oh, di sini juga adanya jus pegaga yang patut dicuba!

 

Naili’s Place

Ampang Point, 52, Jalan Memanda 9, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor

Naili's Place
Imej via Foursquare

Makanan ‘trademark’ mereka adalah burger big bite naili’s. Serta jangan lupa untuk mencuba ubi kayu rebus.Diktakan terbaik dalam bandar!

 

Restoran D’Klasik

No. 1, Jalan Cempaka 16, Taman Cempaka, Selangor, 68000 Ampang Jaya

Nah ini restoran makasakan India yang menarik di Ampang. Ayam tandorinya bolehlah dikatakan ‘champion’ di sini. Segala jenis nan juga dipuji di sini. Contohnya seperti nan cheese,nan biasa ataupun nan kismis.

 

Me’nate Steak Hub (Ampang)

16, Jalan Kerja Air Lama Satu, Taman Shuet Liang, Ampang, 68000 Ampang Jaya, Selangor

Me'nate Steak Hub Ampang
Imej via Foursquare

Untuk peminat masakan western, anda boleh terjah Restoran Menate untuk cawangan Ampang. Presentation dan rasa tidak perlu dipersoalan. Memang dipuji ramai dan terkenal.

 

Nasi Kak Wok Ampang

Jalan Kolam Air Lama, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor

Nasi Kak Wok Ampang
Imej via Foursquare

Untuk peminat nasi Kak Wok, anda tidak perlu pergi jauh. Di sini juga adanya menu ayam bersama kari dan juga ketulan ayam kecil yang terkenal dan menyelerakan.

 

Restoran Q Thai Village Steamboat

22, Jalan Dagang B/3a, Taman Dagang, 55100 Ampang, Selangor

Restoran Q Thai Village Steamboat
Imej via Foursquare

Untuk peminat steamboat dan grill, anda boleh cuba makan di sini. Sup tomyam di kedai ini dipuji ramai.Sememangnya tempat terbaik untuk makan makanan laut.

 

Anda pernah makan di tempat makan di atas?Atau anda punya selera yang tersendiri?

Jangan lupa untuk tinggalkan komen dan share jika artikel ini menarik.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Pendapat Anda?

Restoran Patatimo

Senarai Tempat Makan Best Di Wangsa Maju (TERBAIK)

Nasi Kandar Beratur Original

Nasi Kandar Beratur Original Best Di Penang