Air Istimewa Restoran Limau Nipis Bangi

Hari ini kami ingin menulis mngenai restoran di Bandar Baru Bangi. Bandar Baru Bangi ini, sememangnya kaya dengan pelbagai kedai makanan. Dihuni oleh kebanyakkan gologan pertengahan yang berkerja di Kuala Lumur.

Restoran menajdi pilihan kami adalah restoran D’Limau Nipis. Kenapa Restoran D’Limau Nipis? Kerana menu utama yang wajib dipesan adalah air limau nipisnya. Memang istimewa dan terangkat.

Restoran D’Limau Nipis

Restoran Dlimau Nipis

Terletak di seberang PKNS

Restoran Dlimau Nipis

Patut cuba!

Air ini memang terbaik. Sedikit masam tetapi dengan adanya aiskrim vanila membuatkan ianya sedap diminum. Selain itu, agar-agar hijau memang menarik dalam minuman tersebut. Harga dalam RM4.90. Mahal? Hehe, tetapi berbaloi dengan apa yang diberikan.

Makanan lain pun tiada masalah. Terdapatnya pelbagai lauk. Termasuklah ikan bakar. Kami sukakan ikan bakarnya. Tetapi paling suka adalah sotong bakarnya. Tidak perlu takut untuk mengambilnya, kerana di situ telah tertulisnya harga. Jadi, bolehlah kawal budget. Harganya? Sederhana, tidaklah murah tetapi berpatutan orang cakap.

 

 

Restoran Dlimau Nipis

Harga siap ditulis di pinggan

 

Restoran Dlimau Nipis

Sotong bakar dan sambalnya

Lokasi

Jalan 8/1 (Persiaran Bangi)

Bandar Baru Bangi, Selangor 43650

Tips

  • Patut cuba airnya
  • Ikan bakar dan sotong
  • Kedainya terletak di seberang jalan PKNS Bangi
  • Tiada masalah letak kereta di sini

Pendapat Anda?

Penaja

Add Comment