5 Tempat Makan Menarik Di Pulau Pinang

Owh, versi Saji.my kali ini adalah untuk berkongsi tempat makan menarik di Pulau Pinang. Pulau Pinang adalah salah satu negeri yang kami suka. Di sini dikatakan syurga makanan. Makanan di sini lebih kepada masakan ala-ala rempah. Seperti nasi kandar, mee goreng dan banyak lagi. Argh, terliurnya apabila difikirkan.

Kali ini kami kongsikan 5 tempat makan menarik di Pulau Pinang yang wajib anda pergi apabila ke sini. Jom semak adakah anda sudah pergi ke belum. Semuanya banyak bercerita tentang Nasi kandar Pulau Pinang.

#1 Nasi Kandar Line Clear

Jalan Penang, George Town, Penang 10000

Antara tempat makan nasi kandar Pulau Pinang yang menjadi pilihan ramai jika bercakap tentang nasi kandar Pulau Pinang. Tempat ini terletak di celah-celah lorong. Kedai yang kecil sahaja, tetapi ‘penangannya’ cukup kuat.

Lauk-lauk yang panas menyebabkan ianya sedap di makan setelah dapat.Sekarang lebih cantik dan bersih. Selesa untuk makan.

nasi kandar line clear
nasi kandar line clear

 

#2 Nasi Kandar Beratur

Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, Penang 10300

nasi kandar beratur

 

nasi kandar beratur

 

Tempat makan ini pula letaknya di Jalan Masjid Kapitan Keling. Betul-betul terletak di sebelah Masjid Kapitan Keling. Kalau hendak tahu betul atau tidak anda berada di sini, cuba perhatikan, banyak atau tidak kedai emas di situ. Kalau ada 2-4 kedai, betullah anda berada pada tempat yang betul.

Apa yang sedap di sini adalah Ayam Rosnya. Mendapat perhatian ramai orang. Selain itu boleh cuba ayam kicapnya, telur dadar dan kari ikannya. Waktu operasi bermulanya daripada pukul 10 malam . Memang hendak menjadikan orang gemuk! Nasi Kandar Beratur marvellous !

 

#3 Nasi Kandar Deen

Jalan Jelutong, Jelutong, Penang 11600

 

Terletak di jalan utama Jelutong. Ianya tidak jauh dari Pasar Jelutong atau Pejabat Pos Jelutong. Lauk-pauknya memang akan berkurangan jika datang antara pukul 3-4 petang. Tetapi jangan risau, kerana mula pukul 5 ke atas adanya sesi masakan untuk lauk baru. Jadi kalau ingin datang, datanglah sekitar tengah hari atau lewat petang iaitu pukul 6 ke atas.

Kalau makan di sini kami suka ambil ikan gorengnya serta sayur kobis. Manakala emak kami pula selalu akan ambil sayur lobak putih. Memang sedap. Harga pun harga biasa kalau makan  Nasi Kandar Penang. Nasi Kandar Deen sangat disukai oleh penduduk yang tinggal kawasan Jelutong.

nasi kandar deen

 

nasi kandar deen

 

#4 Nasi Kandar Kampung Melayu

Flat Kg. Melayu, Air Itam, Penang 11500

Ini pula satu lagi tempat makan nasi kandar yang menarik. Dah jadi macam entri untuk nasi kandar Pulau Pinang pula. Kedai Nasi Kandar Kampung Melayu antara tempat makan yang menarik di Pulau Pinang. Waktu operasi bermula awal pagi iaitu 6.15 pagi. Sesuai untuk orang yang ingin bungkus dan makan di tempat kerja.

Waktu tutup untuk kedai Nasi Kandar Kampung Melayu pula pada pukul 1 petang. Kedai ini mempunyai dua cawangan. Waktu operasi adalah berlainan setiap cawangan.

nasi kandar kampung melayu

 

nasi kandar kampung melayu

#5 Sani Char Koey Teow

Jalan Tokong Ular, Bayan Lepas, Penang 11900

 

Penat dengan Nasi Kandar Pulau Pinang? Jom makan makanan lain. Sini menu utamanya adalah Char Koey Teow dan kedai ini tidak sukar dicari.

Jika anda sememangnya pergi bercuti ke Pulau Pinang, kedai ini tidak jauh daripada Pesta Pulau Pinang, iaitu kira-kira 2-3 kilometer sahaja. Untuk lebih tepat, tanya sahaja di mana tokong ular berada. Kedai itu memang sangat berdekatan.

sany char koey teow

Selain itu ada juga deretan kedai makanan lain sebelahnya. Jadi kalau nampak kedai makan sebelah kiri ketika menghala ke pesta dari Bayan Lepas, betullah di situ. Kedai makanan di sini buka bermula pada sebelah petang. Jadi janganlah datang awal tengahari ya!

Macam mana senarai tempat makan menarik di Pulau Pinang  ini? Semoga anda suka! Jangan lupa untuk share tau!

Jika anda ingin mahu info jm baca artikel ini.

Jom Baca : 8 Kedai Makan Best Pulau Pinang

Pendapat Anda?

Penaja

One Response

  1. tijah

Add Comment