, , , , ,

5 Tempat Makan Menarik dan Sedap di Muar

murtabak-jd-singapore-muar
Kuah cili yang unik

Kali ini jom kita ke Muar. Muar sememangnya sebuah pekan yang menarik untuk dikunjungi. Banyak tempat makan menarik dan sedap di Muar yang boleh dicuba. Kami senaraikan beberapa yang mungkin akan mengoncang iman makanan anda.

Ada pelbagai makanan di Muar. Antaranya adalah Mee Bandung Muar yang wajib pergi. Selain itu, bagi peminat murtabak, anda bolehlah cuba murtabak Singapore JD yang mempunyai sos cili yang unik.

#1 Mee Bandung Abu Hanifah

Jalan Abdullah, Muar, Johor 84000

mee bandung abu bakar hanipah

Apa yang menarik?

Menjual mee bandung Muar yang sangat sedap. Terletaknya di Jalan Abdullah. Anda juga boleh mendapatkan perencah mee bandung di sini untuk dibawa balik masak di rumah.

Berdasarkan info, asalnya kedai ini adalah Mee Bandung Muar. Kemudiannay ditukar kepada Mee Bandung Abu Hanifah setelah anaknya mengambil alih.

#2 Darul Masyhur

Jalan Sisi, Muar, Johor

darul masyhur
darul masyhur<.figure>

Apa yang menarik?

Kalau makan di sini, sememangnya sup yang menjadi pilihan walaupun adanya pelbagai menu di sini. Menjual pelbagai jenis sup. Antara sup yang terbaik adalah sup kambing. Kedai ini dibuka 24 jam sehari. Menjadi tempat lepak kebanyak golongan muda. Makanan sudah terbaik!

#3 Medan Ikan Bakar Sabak Awor

Jalan Cahaya (Taman Bakariah Indah), Muar, Johor 84000

wak jos ikan bakar muar
wak jos ikan bakar muar

Apa yang menarik?

Terkenal dengan makanan laut yang segar dan besar. Harga di sini juga murah sangat kalau dibandingkan tempat lain. Antara yang terbaik untuk gerai di sini adalah Gerai Wak Jos Ikan Bakar. Terdapat juga menara peninjau berdekata. Jadi bolehlah pergi melawat sementara menunggu makanan disediakan.

#4 Restoran Murtabak JD Singapore

Jalan Kesang, Muar, Johor 84000

murtabak jd singapore muar
murtabak jd singapore muar

Apa yang menarik?

Jika anda mencari murtabak bersaiz besar, sini adalah kawasannya. Restoran ini dikatakan orang pertama yang membawa murtabak Singapore ke Muar. Ada banyak pilihan saiz murtabak boleh dipilih.

Semuanya bergantung pada tahap lapar dan bilangan ahlinya. Apa yang menjadi ianya menarik adalah homemade cilinya. Memang lain dan unik. Inilah tarikan utamanya.

#5 Mee Bandung Central

Tanjung Agas, Muar, Johor

mee bandung central
mee bandung central

Apa yang menarik?

Selain mee bandung Abu Bakar Hanifah, mee banudng ini juga anda boleh cuba. Dikatakan asli dan sedap. Antara mee bandung Muar yang patut anda cuba jika ke sini. Turut juga menjual perencahnya. Cuma yang tidak menarik di sini adalah lokasinya.

Itulah cadangan 5 tempat makan sedap dan best di  Muar. Anda ada cadangan lain untuk tempat makan menarik di Muar? Manalah tahu kami boleh terjah ke sana. Lagipun kami bukan orang tempatan sana.

Jadi cadangan tempat makan sedap dan menarik di Muar ini mungkin berbeza sedikit. Kalau best artikel tempat makan menarik di Muar ini , jangan lupa untuk share atau like.

Imej via Foursquare

Comments

Leave a Reply
  1. medan ikan bakar sabak awor the best setakat yang rasa sekarang ni,..hehe..thanks for the info

  2. ada 3 kedai mee bandung yg org selalu pegi..mee bandung muar tg.agas, mee bandung hanapiah, dgn mee bandung central tg.agas..tp rasanya org muar sendiri ramai request mee bandung central kot..warna pun lain..dulu pnh masuk tv brapa kali, sultan pun pnh dtg makan rasanya..tempat mmg xcantik sgt tp makan kat outdoor lg feel gua rasa dr tmpt lain..

3 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

  3. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Pendapat Anda?

rojak-hasan-pj

Rojak Mamak : Hasan Rojak di Petaling Jaya

restoran-zz-sup-tulang

Tempat Makan Best di JB, Johor Bahru