, , , ,

5 Restoran Nasi Arab Sedap Pilihan Kami

restoran wadi hadramawt
Cukup eksklusif dan nyaman

Kalau anda rakyat Malaysia, mesti pernah makan nasi arab bukan? Hehe, nasi arab walaupun berasal daripada tanah arab nun jauh di sana, tetapi ia antara makanan pilihan ramai untuk keluarga makan bersama-sama.

Kedai atau restoran nasi arab tumbuh bak cendawan di Malaysia. Banyak tempat atau negeri pastinya ada menjual nasi arab. Persoalannya di sini, yang manakah menjadi pilihan anda?

Hari ini kami kongsikan 5 restoran nasi arab yang menjadi pilihan kami. Mungkin pilihan kita tidak sama, tetapi citarasa nasi arab kita sama.

#1 Nasi Arab Saba

Restoran nasi arab Saba ini terletaknya berdekatan dengan universiti MMU. Jadi warga pelajar dan pekerja di sana tentu tidak asing dengan kedai nasi arab ini. Restoran ini selalu sahaja penuh. Lebih-lebih lagi kalau bulan puasa.

Lagilah tiada tempat dan ruang untuk bernafas. Memang ramai yang makan di  sini. Sila datang awal jika ingin makan di sini.

nasi arab saba cyberjaya

Walaupun sudap pukul 10 ke atas, ramai lagi yang masih datang ke restoran ini. Restoran ini kini sudah mempunyai 2 cawangan. Jika anda malas ke Cyberjaya, anda boleh mencubanya di Setiawangsa.

Untuk maklumat lanjut tempat makan ini bolehlah merujuk di sini. Saba Holding

#2 Nasi Arab Damsyik Senawang

Nasi Arab ini pula letaknya di Senawang. Ianya terletak di kawasan perumahan. Sedikit pelik berbanding dengan lokasi kedai nasi arab yang lain. Tetapi jangan pula risau, bukannya sukar untuk mencarinya. Ianya betul-betul di hadapan Taman Bourgainvilla .

Apa yang kami suka makan di sini kerana nasi arabnya yang sedap dan murah. Nasinya sedap walaupun tidak diletakkan kuah. Harganya pula murah bagi kami kalau dibandingkan dengan kedai nasi arab yang lain.

nasi arab damsyik

Anda juga boleh makan secara berjemaah jika ingin menjimatkan kos. Set yang dimakan secara dulang biasanya lebih murah dan lebih daripada cukup daripada apa yang tulis. Suasana cukup santai disini.

Anda boleh memilih untuk duduk dan makan diluar ataupun duduk di kusyen yang empuk di dalam bangunan. Jika ingin makan di dalam, tidak perlu rebut kerana kawasannya sungguh luas.

Untuk maklumat lanjut Nasi Arab Damsyik Senawang

#3 Nasi Arab D’Cafe

Nasi arab ini banyak cawangannya. Tetapi yang biasanya didengar adalah cawangan di Shah Alam dan juga di universiti UNITEN. Ada pelbagai menu nasi arab boleh anda pilih di sini. Restoran Nasi Arab D’cafe juga antara nasi arab sedap dan murah.

Kalau anda warga UNITEN atau Shah Alam tentu dapat cerita tentang keenakkan nasi arab ini dengan lebih mendalam. Ada yang cakap nasi arabnya hampir sama dengan nasi arab di Mekah.

Kenyataan ini kami tidak pasti, mungkin sesiapa yang pernah makan nasi arab di Mekah boleh berkongsikan pendapat mereka.

nasi arab shah alam

Restoran ini berwarna kuning. Memang warna yang memangkitkan nafsu makan. Antara yang menarik di sini adalah nasi arab ayam Mandy dan Kabsah kambingnya antara menu yang wajib cuba.

Tentang harga, kami tidak dapat komen. Ada yang cakap mahal dan ada yang kata murah. Jadi bolehlah cuba datang di sini dan mencubanya dahulu. Kalau anda bosan dengan nasi arab, boleh juga cuba makan makanan lain di medan selera Seksyen 7 ini. Contohnya seperti burger Yazid dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut tentang D’Arab Cafe Nasi Arab

#4 Restoran Wadi Hadramawt

Warga Kuala Lumpur pasti tahu tentang restoran nasi arab ini. Restoran ini terletaknya di Jalan Ampang. Kedai yang cukup selesa dan nyaman. Cuma apa yang kurang di sini adalah harganya yang sedikit mahal berbanding tempat lain.

Selain itu kedudukan kedai ini yang kurang strategik bagi kami. Lebih-lebih lagi terletaknya di Jalan Ampang yang kebiasaaannya sibuk. Walau bagaimanapun nasi arab di sini sangat menarik dan sedap. Kami pernah makan di sini dan bagi kami harganya sesuai dengan keadaan dan suasana restoran yang selesa.

restoran wadi hadramawt

Kalau anda mencari nasi arab yang sedap dan selesa, tempat ini adalah antara kedai yang menarik untuk dikunjungi.Kalau anda ingin makan dan sini dan ingin berjimat, kami ada caranya. Anda boleh membeli kupon diskaun dari Groupon.my. Mungkin masih ada.

#5 Nasi Arab Aroma Hijrah

Nasi arab Aroma Hijrah juga antara nasi arab yang menarik untuk dicuba di Shah Alam. Sangat sesuai untuk dapat bersama keluarga. Set kombo keluarganya cukup berbaloi untuk dimakan bersama-sama dengan keluarga.

Kedai ini buka seawal pagi lagi. Untuk hari biasa, Isnin ke Jumaat, waktu operasinya adalah dariapda pukul 11 pagi ke 10.30 malam. Untuk hari minggu dan cuti am, restoran ini buka daripada pukul 11pagi ke 11 malam. Iaitu 30minit lebih lama daripada kebiasaan.

nasi arab aroma hijrah

Kami pasti, jika sekali anda datang ke sini, pasti anda akan datang pada masa akan datang. Tempat makan nasi arab yang menarik untuk makan beramai-ramai di atas dulang.

Sekian sahaja 5 restoran nasi arab pilihan kami untuk post kali ini. Sebenarnya banyak sahaja nasi arab yang menarik lain yang ada. Cuma , bagi kami restoran yang dikongsi kali ini adalah antara yang popular dan terkenal di Malaysia.

Comments

Leave a Reply
  1. Adoih… Ni nak marah ni. Nape nasi arab Sanaa tak tersenarai ni? Saya rasa Sanaa lagi best kot kalau nak banding dengan Saba. Saba banyak tapi rasa dia kurang sikit.

  2. Cuba try ns Arab di Restoren Aden Di Port Dickson PD Waterfront Seremban.Pasti xkan mengecewakan..Aroma Dan rasa sajian asli dr Arab

  3. Nasi arab kabsha lamb n chicken dekat restoran halfmoon seri kembangan mmg terbaik..penggemar nasi arab sila try,xrugi n mmg puas hati..

  4. I loved as much as you’ll receive carried out right here. The
    sketch is attractive, your authored subject matter stylish.
    nonetheless, you command get bought an nervousness over that you wish be delivering the following.
    unwell unquestionably come further formerly again as exactly
    the same nearly a lot often inside case you shield this hike.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Pendapat Anda?

Menu Vista Brasserie

Vista Brasserie By Chef Zubir Review, Tempat Wajib Makan Shah Alam

Briyani Asli Johor Selera Tokwan Putrajaya

5 Fakta Menarik Briyani Asli Johor Selera Tokwan Putrajaya