, , ,

17 Tempat Makan Di Bangi Yang Sedap PATUT Anda Pergi

Restoran Belauk Bangi

Mencari tempat makan sedap di Bangi? Hari ini kami ingin kongsi senarai lengkap tempat makan best dan sedap patut anda makan di Bangi. Tempat ini adalah tempat yang menawarkan tempat makan yang menarik dan sedap di Bangi menurut pendapat ramai.

 

#1 Restoran Ana Ikan Bakar Petai

Lot 29991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Restoran Ana Ikan Bakar Petai

Imej via Foursquare

Restoran ini terkenal dengan ikan bakarnya. Ikan bakarnya dimasak dalam daun pisang yang diletak bersama sambal petai. Memang menarik baunya apabila masak. Kedai ikan Bakar Ana Ikan Bakar Petai turut mempunyai cawangan di Kuantan.

Untuk ke sini, petunjuk yang boleh anda gunakan adalah balai bomba Bangi. Tidak jauh sahaja dariapda situ. Menu lain adalah seperti konsep ikan bakar yang lain. Tentulah sotong goreng tepung, tomyam , udang masak mentega menjadi pilihan.  Tidak perlu jalan jauh untuk ke Bagan Lalang semata-mata untuk makan ikan bakar.

Restoran Ana Ikan bakar Petai dibuka setiap hari bermula pukul 5 petang sehinggalah 12 tengah malam.

 

#2 Mohd Chan Bandar Baru Bangi

30, Jalan Medan Pusat 2c, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Dim Sum Mohd Chan

Imej via Foursquare

Jika ingin kelaianan sedikit daripada masakan Melayu, anda bolehlah datang ke restoran ini. Restoran Mohd Chan Bandar Baru Bangi tidak asing lagi terkenal sebagai tempat makan amsakan Cina yang sedap. Boleh dikatakan reestoran masakan cina yang besar juga di kawasan Bangi.

Restoran masakkan Cina ini bermula daripada restoran yang terletak di lokasi Bukit Beruntung pada tahun 2007. Jadi anda boleh agak betapa majunya perniagaan ini.

Dibuka setiap hari daripada pukul 11.30 pagi sehinggalah 10.30 malam.

 

#3 Restoran Azura Seksyen 3 Bandar Baru Bangi

14, Jalan 3/69, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Restoran Azura Seksyen 3 Bandar Baru Bangi

Imej via Foursquare

Restoran ini oleh dikatakan port pelajar-pelajar sekitarnya. Ramai pelajar UKM dan pekerja sekitar anda dapat jumpa di sini. Bagi kami, makanannya sedap dan kena dengan tekak kami. Antara faktor utama ianya dikunjungi ramai adalah disebabkan harganya yang murah berbanding tempat makan di Bangi.

Restoran Azura dibuka setiap hari dan 24 jam. Makanan berlauk boleh didapati sebelah pagi. Makanan gorengan pula adalah pada sebelah malam.

 

#4 Nasi Kukus House (Restoran & Cafe )

No. 33, Jalan 4/11A, Seksyen 4 Tambahan, Selangor, 43650 Bandar Baru Bangi, Malaysia

Nasi Kukus House Bangi

Imej via Foursquare

Jika di Seksyen 4, anda bolehlah untuk makan di Nasi Kukus House. Kami suka makan tengah ahri di sini kerana lauknya yang pelbagai dan banyak.Ayam berempahnya mendapat pujian ramai. Jadi jangan lupa untuk mencubanya.

Dibuka setiap hari daripada pukul 7 pagi sehinggalah 7 malam.

 

#5 Restoran Belauk

Jalan 7/7C, 73&75, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Restoran Belauk Bangi

Imej via Foursquare

Untuk peminat lauk Kelantan, menu di sini mungkin kesukaan anda. Sebanyak 80 juadah lauk dapat anda pilih jika makan di sini. Semuanya terserah kepada selera anda untuk membuat keputusan.

Dibuka setiap hari daripada 9 pagi sehinggalah 8.45 malam.

 

#6 d’ Limau Nipis Restoran

No. 201 & 205, Jalan 8/1, Seksyen 8,, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Restoran Dlimau Nipis

Ini salah satu restoran kesukaan kami dari sudut air. Air special d’limau patut anda cuba jika makan di sini. Ianya terdiri daripada gabungan air limau, ais krim vanila dan agar-agar hijau. Kami sangat suka rasanya.

Manakala untuk makanan,pelbagai lauk dapat anda pilih.Ikan bakar, sotong bakar juga disediakan di sini untuk anda pilih.

Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat. Bermula daripada 7 pagi sehinggalah 5 malam.

 

#7 Red Wok Restaurant

PT70550, Jalan Kajang Impian 1/2, Taman Kajang Impian, 43560 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Red Wok Bangi

Imej via Foursquare

Untuk peminat steamboat, anda bolehlah datang untuk menajmu selera di sini. Tempat makan di sini sangat luas dan sangat sesuai untuk membawa keluarga besar makan di sini. Anda boleh duduk dan sambil makan perlahana-lahan steamboat yang disediakan.

Meanrik lagi, hampir 100 jenis makanan anda boleh pilih untuk dikukus bersama -sama kuah yang tersedia. Kesedapan makanan ini semakin bertambah apabila dicelup dan dimakan bersama-sama sos rahsia. Fuh memang terangkat!

Waktu operasi sedikit berbeza setiap hari. Secara umumnya, ianya dibuka dariapda pukul 12 tengah hari sehinggalah 12 tengah malam. Kecuali pada hari Jumaat dimana waktu operasi bermula 6 petang.

 

#8 Austin Steak House

Bangi 55 GF, Jalan Kajang Impian 2/1, Taman Kajang Impian, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Malaysia

Austin Steak House Bangi

Imej via Foursquare

Restoran ini menyediakan menu maskan western. Kami suka makan di sini kerana suasananya yang sedikit ala-ala cowboy.

Dari sudut kesedapan pula, ianya tidak mengecewakan. Kebanyakkan menu masakan barat dapat anda jumpa di sini. Harga pula tidaklah mahal bagi kami. Kira berpatutan deng

Dibuka setiap hari daripada pukul 4 petang sehinggalah 2 pagi.

 

#9 Restoran Sup Urat Keting

Jalan 7/7a, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Restoran Sup Urat Ketin

Imej:Foursquare

Urat keting ialah urat di bahagian kaki lembu yang berwarna putih dan disaluti lemak. Bukan mudah untuk mendapatkan bahagian ini. Perlu melalui beberapa prosesnya. Untuk mendapatkan urat keting yang asli, anda perlu merebusnya dahulu supaya lemaknya terasing dari urat keting.

Tapi anda tak perlulah bersusah payah untuk merebus urat keting semata-mata ingin membuat sup yang sedap. Cuba anda singgah ke Restoran Sup Urat Ketin, Bandar Baru Bangi. Pasti nak rasa hari-hari sup urat keting tu.

 

#10 Restoran D’Bukit, Bangi

Jalan Dusun, 43000 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Restoran D'bukit Bangi

Imej via Facebook

Kami sangat sukakan tempat ini jika sarapan adalah matlamatnya. Tempat makan sarapan yang ideal untuk keluarga. Anda boleh pesan roti canai yang lembut atau mee rebusnya. Memang sedap dan harganya pula tidak mahal.

Tentang servis pula memang terbaik. Kami suka servis mereka yang cepat. Apabila sampai setelah dapat meja, anda akan didatangi oleh pelayan. Pelayan akan menagmbil pesanan dan dalam beberapa menit, menu yang dipesan sampai. Cepat dan laju!

Sangat digalakkan untuk datang awal kerana gerai sini sentiasa sahaja dipenuhi oleh orang ramai.

 

#11 Warung Dusun Sup Gear Box

Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Warung Dusun Sup Gear Box

Imej via Foursquare

Untuk peminat sup, tempat makan ini tidak dapat anda tinggalkan dalam senari tempat makan menarik di Bangi.Konsep restoran pula ala-ala kampung.

Nama tempat makan pun Gearbox Warung Dusun, jadi apabila di sini haruslah menu utama yang paling best sup gearbox dipilih dan dicuba.

Dibuka setiap hari daripada pukul 6 petang sehinggalah 1 pagi.

 

#12 Steamboat Antarabangsa

Jalan Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Steamboat Antarabangsa

Imej via Foursquare

Untuk peminat steamboat, Steamboat Antarabangsa merupakan salah satu steamboat di Bangi boleh anda pergi selain Red Wok.

#13 Red Card Cafe

17 & 18, Jalan Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Red Card Cafe Bangi

Imej via Foursquare

Ini juga antara tempat makan western yang menarik untuk dicuba. Bagi kami tempat makan di sini lebih selesa dan lebih ‘privacy’.

Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin. Waktu operasi pula daripada pukul 12 sehinggalah 10.30 malam. Dibuka lewat sedikit pada hari Jumaat iaitu 4.30 petang ke 11 malam.

 

#14 Ayam Bakar Wong Solo

Persiaran Bangi, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Ayam Bakar Wong Solo

Imej via Foursquare

Untuk peminat masakan Indonesi, ini port yang boleh anda pergi. Menu ayam penyetnya memang tampak menarik untuk dicuba

Dibuka 24 jam setiap hari. Jadi jika anda teringin pada bila-bila masa sahaja masakan Indonesia, boleh terus sahaja datang ke sini.

 

#15 Kedai Kopi Tepian Bangi

No. 44, Jalan 4/11, Seksyen 4 Tambahan, Selangor, 43650 Bandar Baru Bangi, Malaysia

Kedai Kopi Tepian Bangi

Imej via Foursquare

Kalau bersama kawan, tentu tempat makan terbaik untuk berborak adalah kedai mamak. Tetapi kalau bersama keluarga , kami suka ke Restoran Kedai Kopi Tepian Bangi.

Tempat makan ini juga antara tempat sarapan yang disukai kami. Pelbagai menu boleh anda pilih apabila makan di sini seperti roti canai, nasi goreng, aneka kuih-muih dan macam-macam lagi.

Dibuka setiap hari daripada pukul 7 pagi sehinggalah 2 pagi.

 

#16 Me’nate Steak Hub (Bangi)

25, Jalan Medan Pusat 2D, 3B Curve Business Park, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Restoran Menate

Kedai ini terkenal dengan pemiliknya, Mustaffa Othman yang pernah menuntut ilmu dan berpengalaman luas mengenai daging. Paling membanggakan, beliau pernah berkhidmat untuk Ratu Elizabeth di Istana Buckingham, London.

Pelbagai menu dapat dipilih dan cuba di sini. Tetapi yang sangat disyorkan dan cara ada adalah sejenis daging Wa’gyu iaitu daging Jepun. Harganya berbeza mengikut berat yang dipilih.

 

#17 Warung Bunian

Jalan Jamaludin, Kampung Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia

Warung Bunian

Imej via Foursquare

‘Warung Bunian’ adalah nama lain yang diberikan pelanggan kepada Warung Tapak Sulaiman. Kedai makan ini yang sudah lebih 10 tahun beroperasi. Menu yang disediakan adalah menu kampung berkonsepkan hidang.

Ianya dinamakan warung bunian kerana terletak jauh terperosok dalam gaung dan di sebalik bukit. Tidak seperti tempat lain, menu di sini sedikti sahaja. Pelanggan dikenakan RM15 atau RM20 untuk menu yang dimasak pada hari tersebut.
Menunya masakan kampung berubah-ubah dan boleh jadi masak lemak cili api udang atau ketam bersama ayam goreng atau ikan masak kicap, sayur dan sambal belacan. Itu sahaja.

Yang penting, apabila datang ke sini, anda diminta membuat tempahan terlebih dahulu. Jika hendak ‘walk in’ digalakkan sampai sebelum pukul 11 pagi.

Dibuka setiap hari daripada pukul 7 pagi sehinggalah 2 petang. Kecuali hari Jumaat dan Ahad, waktu operasi tutup pukul 11 pagi iaitu hanya sarapan sahaja yang dijual.

Kesimpulan

Itulah senarai lengkap tempat makan menarik dan sedap di Bangi anda boleh cuba. InsyaAllah akan kami panjangkan lagi senarai ini untuk dijadikan senarai tempat makan di Bangi patut anda cuba.

Anda ada cadangan tempat makan lain? Kongsilah bersama kami di bawah.

Comments

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Pendapat Anda?

Restoran Seashell

Restoran Seashell Langkawi Makan Malam Best Langkawi

Mee Rebus Kak Ida

7 Tempat Makan Best Di Klang 2017